Antara kisah yang menjadi tumpuan pada minggu ini adalah mengenai kemelut rumahtangga Da’i Nik Farhan dan bekas isteri pertama nya, Fatin Nurul Ain Mat Aris yang berakhir dengan penceraian pasangan itu pada Selasa baru-baru ini. Namun kisah tersebut semakin berpanjangan apabila kedua-dua belah pihak saling memberikan kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain.

Buat Laporan Polis 

Terbaru, menurut sumber Fatin telah membuat satu laporan polis berhubung tindakan Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik yang didakwa telah menolak, mencakar serta menampar bekas isterinya itu pada 22 November lalu.

IKLAN

Dikatakan kejadian itu berlaku di rumah mereka di Taman Bukit Indah, Ampang kira-kira 3 pagi sebelum Fatin membuat laporan polis pada Sabtu lalu.

Ditampar Dan Ditolak 

Antara rentetan kejadian tersebut adalah difahamkan ketika itu Farhan telah mengejutkan Fatin selepas berasa tidak puas hantar dengan mesej antara bekas isterinya itu dengan ahli keluarga.

Malah menurut laporan polis pendakwah itu telah menolak Fatin sehingga dia terjatuh. Tidak cukup dengan itu,pergelangan tangan kiri wanita itu turut dicengkam sehingga mendatang kesan cakar serta belakang badannya turut ditepuk dan pipinya pula ditampar.

Polis Sahkan Terima Laporan 

Kesan daripada terjatuh selepas ditolak pendakwah berkenaan, Fatin yang kini sedang sarat mengandung anak kedua mereka mengalami sakit pinggang.

Mengesahkan laporan yang dibuat, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Terdahulu, Murai.my melaporkan Farhan ada memuat naik status di Instagram yang menafikan kejadian tersebut keraan mendakwa kecederaan dan kejadian itu sengaja direka oleh Fatin. Katanya dia lagi, segala bukti kejadian tersebut akan dibawa ke mahkamah untuk pengadilan sebelum memadam posting berkenaan tidak lama kemudian.

Dalam status itu, pendakwah berkenaan mendakwa kejadian itu bermula selepas dia mengambil telefon bimbit Fatin menyebabkan bekas isterinya mengamuk dan memukul pintu bilik selama 15 minit.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda