Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Noorshila Amin Akui Tertekan Bawa Lagu Sendiri

by Khai Azfar
December 6, 2019
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada minggu kesembilan Ahad ini,kesemua lapan bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) bakal membawakan lagu-lagu popular hasil ciptaan komposer terdahulu dan kini.Dalam senarai lagu-lagu ini hanya Noorshila Amin bakal membawakan lagu sendiri, Ahai Usahlah hasil ciptaan komposer A. Ali sekitar tahun 1992.

Akui Tertekan 

Menolak tanggapan bahawa lebih mudah untuk membawa lagu sendiri, sebaliknya Noorshila atau lebih mesra disapa sebagai Mama akui berasa tertekan untuk membawakan lagu tersebut dan akan menukar dengan lagu lain sekiranya diberikan pilihan.

“Mama pun tak tahu kenapa produksi pilih lagu ini. Menyanyi lagu sendiri sebenarnya adalah lebih susah dan bukanlah bermakna dah selamat. Untuk Mama, kena lawan dari segi lagu itu sendiri, lebih sedap dari versi yang asal.

Jadi ianya pertarungan yang agak sukar untuk diri Mama sendiri. Memang tertekan”

Tambah Noorshila dia juga sedikit hairan mengapa pihak produksi memilih lagu tersebut. Biarpun begitu, menurutnya lagu Ahai Usahlah ini punyai nostalgianya tersendiri apatah lagi ianya didendangkan sejak 27 tahun yang lalu.

Kali Terakhir Menyanyi 5 Tahun Lalu 

Memberi pengajaran untuk tidak berlaku curang pada pasangan masing-masing, dia mengharapkan agar lagu ini dapat memberi suntikan baharu dan turut tidak menolak untuk menukarkan irama pasir kepada elemen rock. Dedah pelantun Kad Ucapanmu ini, kali terakhir dia menyanyikan lagu tersebut adalah pada lima tahun lalu.

“Lagu ini seolah-olah memberi gambaran untuk tidak berlaku curang pada pasangan masing-masing, banyak nasihat Sebenarnya lagu itu irama arab, tetapi mana tahu kalau mama rock kan lagi itu? Banyak orang kata Mama sesuai dengan lagu rock” – katanya kepada Murai.my baru-baru ini.

GV2019 peringkat suku akhir bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam pada Ahad ini, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

https://lomp.at/xbvr0
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem