Selepas lapan tahun mencetuskan fenomena, Ombak Rindu kini kembali dengan drama bersiri terbaharu Ombak Rindu The Series yang menampilkan barisan baharu pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Remy Ishak,Izara Aishah, Datin Diana Danielle, Hanna Aqeela, Uqasha Senrose dan ramai lagi.

Babak Romantis Dihadkan 

Seperti yang sedia maklum filem Ombak Rindu sebelum ini pernah menjadi kontroversi kerana terselit beberapa babak romantis melibatkan watak utamanya. Malah menurut pengarahnya, Osman Ali drama bersiri ini juga tidak ‘lari’ daripada babak-babak tersebut namun ianya dihadkan mengikut permintaan para pelakon termasuk Izara yang memegang watak sebagai Izzah.

Jaga Hati Suami Dan Keluarga 

Menurut empunya nama sebenar Nik Izara Aishah Nik Izazurin, dia sedia maklum mengenai babak-babak di dalam drama ini terutamanya melibatkan babak romantis dengan rakan teraju utamanya, Remy Ishak.

IKLAN

Namun Izara telah meletakkan syarat untuk tidak melakukan secara berlebihan kerana perlu menjaga hati suami, Adib Khalid dan kedua-dua belah keluarganya.

“Sebagai pelakon berstatus isteri, saya perlu menjaga hati suami dan keluarga. Ia juga syarat saya berikan kepada produksi sebelum bersetuju memegang watak Izzah. Asalkan tidak keterlaluan, saya tiada masalah untuk lakonkan babak tersebut.

“Memang ada beberapa adegan romantis dalam skrip drama ini yang mana membabitkan watak Hariz yang dibawakan Remy Ishak, suami kepada Izzah lakonan saya. Saya terlebih dahulu dah maklumkan pada abang Osman (pengarah) mengenai batas-batas lakonan yang perlu saya jaga dan abang Osman sangat memahami perkara itu,”

Izara ditemui Murai.my di majlis pelancaran Ombak Rindu The Series yang diadakan di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ombak Rindu The Series mula mengubati kerinduan para peminat bermula 5 Disember yang lalu disiarkan secara percuma di Iflix yang berdurasi selama 90 minit pada setiap episod.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry