Tinggal Kenangan! Pencipta Usop Sontorian & Keluang Man Meninggal Dunia

Menerusi kenyataan yang diumumkan menerusi laman Facebook Persatuan Animasi Malaysia (Animas), Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada 4.15 petang akibat serangan jantung setelah hampir dua bulan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Mesti Baca

Animasi 90-an seperti Usop Sontorian dan Keluang Man suatu ketika dahulu cukup popular dan begitu dekat hati mereka yang membesar pada era itu. Malah jika diimbas kembali, sudah pasti mampu mengukir senyuman buat mereka yang mengingatinya.

Kamn Ismail Sudah Tiada 

Namun petang semalam (Ahad), satu berita sedih buat penggemar animasi ini kerana pengasasnya yang juga tokoh penglipur lara animasi Malaysia, Kamaruddin Ismail atau nama dikenali sebagai Kamn Ismail dilaporkan telah meninggal dunia di usianya 63 tahun.

Menerusi kenyataan yang diumumkan menerusi laman Facebook Persatuan Animasi Malaysia (Animas), Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada 4.15 petang akibat serangan jantung setelah hampir dua bulan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Raih Pelbagai Pengiktirafan 

Sebagai info, ‘bapa’ Usop Sontorian dan Keluang Man ini telah diiktiraf sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada malam anugerah kartunis dan hari kartunis 2018 di Muzium Negara. Malah sepanjang penglibatan dalam animasi, Allahyarham jugamerupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada 90an melalui penerbitan animasi Usop Sontorian dan pada 1997 beliau mencipta dan menerbitkan animasi Keluang Man melalui kaedah hibrid animasi 2D dan 3D.

Selain itu, animasi KUMANG Legenda Sarawak dan Animasi Legenda Kinabalu pernah dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik FFM 2004 dan 2005. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Kamn Ismail.

Terkini

“Kurang Ajar!”- Ashraf Muslim Bengang Dengan Syarikat Judi

Pelakon Ashraf Muslim meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah syarikat perjudian selepas tular di media sosial mengenai lagu raya yang...

Artikel Berkaitan