Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Asia

6 Destinasi Yang Wajib Dikunjungi Oleh Penggemar Filem Hollywood

by Phic ARMAN
February 19, 2019
Share on Facebook

Untuk meraikan kemuncak musim anugerah filem minggu hadapan, Agoda, salah satu syarikat percutian digital yang paling pesat berkembang di dunia, berkongsi senarai idea percutian yang diilhamkan oleh filem-filem terlaris di pawagam dan pemenang anugerah.

Tarikan Percutian Penuh Aksi

Queenstown, New Zealand

Jika anda ingin menjadi wira aksi untuk sehari dua, bertandanglah ke Queenstown, New Zealand, iaitu tempat babak aksi helikopter di dalam Mission Impossible: Fallout difilemkan. Naiki helikopter anda sendiri dan sertai pelbagai sukan lasak yang ditawarkan di New Zealand seperti terjun bungee dan heli-skiing.

Oahu, Hawaii

Sekiranya filem genre sains dan peluang untuk menemui dinosaur di dunia moden adalah lebih sesuai dengan keinginan anda, Oahu, Hawaii adalah wajib dikunjungi kerana ia adalah tempat Jurassic Park: Fallen Kingdom difilemkan. Lokasi ini bukan sahaja berlatar belakang yang sesuai untuk makhluk pupus, ia juga adalah destinasi percutian yang dipenuhi lautan, gunung berapi, aktiviti sukan luar dan alam semulajadi sebagai tarikan. Pilih daripada lebih 1,900 penginapan Agoda di Oahu.

Percutian Bandar Yang Diilhamkan Dari Filem

Gardens by the Bay

Crazy Rich Asians adalah sebuah filem komedi romantik hebat yang menarik minat ramai pelancong untuk ke Singapura. Filem ini menampilkan beberapa lokasi terkenal untuk diterokai di Kota Singa ini, dari taman terkenal, Gardens by the Bay sehingga gerai-gerai makanan di Newton Food Centre

Pastinya anda akan dapat menemui sesuatu yang menepati bajet anda daripada 1,000 penginapan Agoda di Singapura!

Busan, Korea

Filem Black Panther menampilkan babak pertarungan hebat di dalam kasino serta babak kejar-mengejar kereta di Busan, Korea, sebuah bandar yang dikatakan lebih indah pada waktu malam berbanding dengan siang.

Walaupun kasino bawah tanah yang indah tersebut hanyalah rekaan semata-mata, anda masih boleh mengalami pengalaman tersebut di tempat-tempat istirehat mewah atau kelab malam di Busan.

Pada waktu siang, kunjunglah lokasi-lokasi menarik yang tidak ditampilkan di dalam filem tersebut seperti pantai-pantai Busan, mata air panas, dan kuil. Agoda menyenaraikan lebih 1,100 penginapan di Busan untuk pilihan anda.

Destinasi muzikal yang mengasyikkan

Los Angeles

Los Angeles yang juga dikenali sebagai The City of Angels adalah latar belakang kepada beberapa babak utama di dalam versi baru filem A Star is Born. Filem drama romantis ini mengisahkan tentang seorang pemuzik country berpengalaman yang popularitinya semakin merosot dan ditenggelamkan oleh pasangan mudanya.

Sepanjang filem ini, kebanyakan persembahan konsert utama yang ditonjolkan difilemkan di lokasi-lokasi di sekitar Los Angeles. Ini termasuk Teater Greek yang boleh memuatkan seramai 5,870 penonton, Teater Regent yang selesa, dan Auditorium Shrine, sebuah mercu tanda dengan pelbagai acara filem dan muzik pernah dilangsungkan. Terokai kota ini dari 5,000 penginapan di Los Angeles yang disenaraikan di dalam Agoda.

London, United Kingdom

Jika anda lebih gemarkan jenis muzik klasik rock berbanding dengan country, filem biografi yang disanjung tinggi tentang Queen, salah sebuah kumpulan rock terhebat dunia, harus dimasukkan di dalam senarai filem wajib-tonton anda.

Filem Bohemian Rhapsody menampilkan persembahan kumpulan tersebut di dalam konsert Live Aid di Stadium Wembley. Stadium ini adalah salah satu lokasi paling popular untuk konsert artis-artis tersohor selain daripada menjadi tuan rumah kepada bola sepak Inggeris. Untuk melawati mercu-mercu tanda utama yang lain di kota London, pilihlah daripada 15,800 penginapan yang disenaraikan di Agoda.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/uryby
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem