Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Sangkaan Datuk Syafinaz & Altimet Meleset Untuk Final Mentor Milenia 2019

by Phic ARMAN
December 10, 2019
31
KONGSIAN
Share on Facebook

Juri Mentor Milenia 2019 iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Altimet tidak menyangka dengan pengumuman protege mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Empat protege yang terpilih iaitu  Aedy Kama, Daus Husny, Apex Tajudin dan Rika Riana berentap di pentas final program realiti itu pada Ahad depan.

Ketika sidang media, Syafinaz dan Altimet sepakat menyebut protege untuk Mentor Hazama, Arayn Malek sepatutnya menjadi salah satu peserta yang layak ke peringkat akhir.

Walaubagaimanapun, kedua-dua juri terpaksa akur formula pengiraan markah persembahan peserta iaitu 60 peratus dari juri, manakala baki 40 peratus ditentukan undian awam.

Dalam sisi lain, nampaknya ramalan penonton bahawa 5 orang protege mewakili setiap Mentor ke peringkat akhir tidak menjadi kenyataan. Akim terpaksa melepaskan protege terakhirnya iaitu Sharee Lopes.

Menurut Penerbit Eksekutif Mentor Milenia 2019, Muhamad Sufian Isa menjelaskan sejak awal lagi pihak produksi sudah menetapkan hanya empat protege layak mara ke peringkat akhir walaupun ada lima mentor.

View this post on Instagram

A post shared by Mentor Milenia 2019 (@mentortv3official)

“Konsep Mentor adalah untuk memberikan tempat kepada para protege yang terbaik untuk peringkat akhir, tidak kira siapa mentor mereka. Pemilihan empat yang terbaik dibuat melalui juri dan juga undian awam, dan memang untuk tahun ini kami mengambil keputusan untuk mengambil empat finalis disebabkan beberapa faktor seperti durasi.

“Jika kami ambil seorang protege dari setiap mentor, ia seolah-olah kami sudah rancang pertandingan ini dan akan timbul perasaan tidak puas hati,” kata Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif Mentor Milenia.

“Kami terbuka jika dua protege dari mentor yang sama dapat melayakkan diri ke peringkat akhir tetapi kami turut pemilihan pihak juri dan undian awam. Minggu terakhir, para finalis perlu melakukan dua persembahan; solo dan duet bersama mentor mereka. Tahniah kepada para finalis Mentor Milenia 2019 dan kami harap semua dapat berikan persembahan mereka yang terbaik untuk musim ini.” tambah Muhamad Sufian Isa.

Yang pastinya, pada konsert akhir nanti, para peserta akan melakukan persembahan yang lebih hebat, lagi-lagi mereka bakal melakukan berduet bersama mentor mereka iaitu Black Hanifah, Ernie Zakri, Hazama dan Stacy Anam.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share29Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - KLIMS 2026
Musik

Minggu Akhir KLIMS 2026 Bakal Dimeriahkan Dengan Ella, Lah Ahmad & Anuar Zain!

by Nurul A.
June 16, 2026

Memasuki minggu terakhir, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 akan dipenuhi dengan persembahan muzik secara langsung hingga komuniti kreatif...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

  5. 5

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara