Selepas jualan 11 November atau juga dikenali 11/11, satu lagi promosi jualan besar-besaran ditunggu ramai kini menjelang tiba. Ini kerana pada 12 Disember (12/12) kebanyakan jenama-jenama besar sekali lagi akan mengadakan promosi jualan apatah lagi menjelang hujung tahun yang hanya berbaki beberapa minggu sahaja.
Promosi 12/12
Sama seperti bulan lalu, murai.my tampilkan antara senarai rangkaian jenama-jenama yang mengambil bahagian tidak kira makanan, minuman, pakaian mahupun platform di atas talian. Bagi kami inilah masa untuk anda raikan penghujung 2019 dengan penuh gembira. Ayuh shopping!