Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Dianggap Hina Agama, Kes Farhan Dibawa Ke Mahkamah

by Khai Azfar
December 13, 2019
137
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampaknya kisah rumahtangga bekas juara program Da’i musim kedua Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad semakin berpanjangan apabila kesnya bersama bekas isteri pertama, Fatin Nurul Ain Mat Aris telah dibawa ke mahkamah.

Diadukan Pada JAIS 

Didakwa melanggar undang-undang keluarga Islam, kes tersebut telah diadukan oleh rakan baik Fatin, Ches Al-Maliki atau nama sebenarnya Nafsarah Maliki di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di Shah Alam, semalam. Terdahulu, Ches merupakan individu yang mendedahkan perihal sebenar terjadi antara kemelut rumahtangga pendakwah berkenaan termasuk telah berkahwin dua di kota suci Mekah.

Boleh Dipenjara Enam Bulan 

Menurut Ches, laporan tersebut dibuat bagi menghentikan insiden yang boleh dilihat sebagai penghinaan kepada kesucian dan imej agama Islam kesan daripada kenyataan Farhan sebelum ini yang dikatakan mengamalkan poligami dengan isteri kedua tanpa kebenaran mahkamah.

Dalam dakwaan itu, sekiranya didsapati bersalah dia boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan terjumlah kepada kesalahan jenayah di bawah Seksyen 124 di bawah enakmen sama yang memperuntukkan hukuman bagi Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah.

Malah dia turut dikatakan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 125 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 selepas menceraikan Fatin dengan talak satu di luar mahkamah tanpa kebenaran.

Tambah wanita itu, Farhan turut melakukan penghinaan yang boleh menyebabkan agama Islam dipandang hina melalui perkataan, perbuatan dan tulisan di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Sebelum ini tiada aduan dibuat berhubung perkara ini sedangkan jelas ia berbentuk penghinaan kepada agama Islam.

“Jadi, dengan aduan dibuat, pegawai penguat kuasa agama boleh memulakan siasatan lanjut berhubung kesalahan dilaporkan Nafrasah terhadap Nik Ahmad Farhan.

“Menerusi laporan ini, saya berharap ia boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada pihak lain pada masa akan datang,” katanya.

Masih Belum Terima Permohonan Maaf 

Sebelum ini, Ches menerusi laman Facebooknya telah mengeluarkan kenyataan untuk teruskan tuntutan saman kerana belum menerima sebarang permohonan maaf secara terbuka daripada Farhan biarpun sudah memberi tempoh 24 jam.

Tuntutan tersebut dibuat selepas Farhan membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap Ches kerana melakukan fitnah terhadapnya secara menulis surat terbuka mendedahkan konon perkahwinannya bersama isteri kedua nya yang dikenali sebagai Dr Aireen dibuat tanpa pengetahuan isteri pertama. Bagaimananpun dedah Ches, pihak Farhan telah menarik balik saman fitnah yang dibuat ke atasnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ches al malikiDa'i Farhan
https://lomp.at/5uxxa
Share68Tweet29SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem