Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Ada ‘FunFair’ & Menang Beg LV! Ini 5 Aktiviti Menarik Di Cik B Vaganza Food Fest

by Phic ARMAN
December 13, 2019
36
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita baik buat warga Shah Alam dan sekitarnya, sebuah festival jualan selama 3 hari iaitu ‘Cik B Vaganza Food Fest 2019′ bakal diadakan di perkarangan tempat letak kereta (W4), Stadium Shah Alam.

Dibawakan khas oleh anak syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Cik B Boba Lova Niaga , Cik B Vaganza Food Fest 2019 akan berlangsung bermula pukul 10 pagi, 20 Disember 2019 (Jumaat) dan berakhir pada jam 11 malam pada 22 Disember 2019.

Menurut Ketua Pengarah Urusan Vida Beauty Sdn Bhd, Dato’ Seri Dr Hjh Hasmiza Othman atau lebih mesra dipanggil DSV, karnival ini dapat menyatukan keluarga untuk bersama-sama berhibur disamping dapat bertemu dengan artis-artis kesayangan mereka di gerai jualan.

Karnival ini diinspirasikan oleh CEO Vaganza Food Fest sendiri, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang barus berusia 14 tahun namun mampu menggalas tanggungjawab sebagai CEO.

Jom kita semak apa yang menarik di ‘Cik B Vaganza Food Fest 2019′ ini!

Pesta Makanan!

Semasa acara berlangsung, pelbagai jenis makanan akan ditawarkan kepada pengunjung! Program ini merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan, mempromosi dan memartabatkan produk-produk keluaran usahawan kecil di seluruh Malaysia. Sebanyak 200 usahawan kecil akan menyertai “Cik B Vaganza Food Fest 2019′ ini yang melibatkan produk atau ‘end roduct’ berkaitan kesihatan, kosmetik dan kecantikan.

‘Meet & Greet’ Selebriti

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Menariknya, setakat ini serama 60 selebriti tempatan yang terdiri daripada pelakon, penyanyi dan instafamous turut memeriahkan festival dengan booth jualan mereka. Antara artis yang terlibat adalah Aidi Aziz dan isteri Fasha Sandha, Azza Elite, Siti Sarah Raisuddin, barisan bekas peserta dari Gegar Vaganza dan ramai lagi.

Konsert Artis Tempatan

Selain itu di Cik B Vaganza Food Fest 2019′ turut mengadakan konsert yang membariskan artis-artis tempatan. Difahamkan Cik B telahpun menjemput penyanyi rap juga anggota K-Clique, MK untuk membuat persembahan. Macam best jer ni!

Ada Funfair

Karnival ini menggalakkan aktiviti riadah sambil berhibur bersama keluarga sempena cuti sekolah. Terdapat pameran Dinasour, rumah hantu dan taman permainan kanak-kanak atau Funfair disediakan serta aktiviti menarik seperti pertandingan memasak dan mewarna.

Menang Beg Tangan Louis Vuitton (LV), Limited Edition

Kredit Foto: NSTP/NURUL SHAFINA JEMENON

Yang ditunggu-tunggu, cabutan bertuah bagi pengunjung yang hadir pada hari terakhir. Ketika sidang media, DSV mengesahkan bahawa koleksi kesayangan beg tangan peribadi miliknya jenama LV, limited edition bakal dihadiahkan kepada pemenang bertuah.

View this post on Instagram

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Pihak penganjur juga menawarkan peluang perniagaan kepada orang ramai dengan menyewa tapak atau booth dengan harga serendah RM990 untuk 3 hari. Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi pihak penganjur dengan Whatapp di talian 011 1020 5808.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/cxoip
Share16Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem