Anak kepada penyanyi, Nora Ariffin iaitu Alif Johan atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan yang berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di rumahnya, Petaling Jaya hari ini.

Berita kematian bekas peserta Top 20 Mentor Milenia 2019 ini dimaklumkan menerusi akaun Instagram Nora sebentar tadi.

Nora yang baru sahaja kehilangan suami Johan Nawawi pada 2 tahun lalu  berkata, dia reda dengan ketentuan Allah SWT.

IKLAN
View this post on Instagram

😢😢😢😢😢😢

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un, Allah nak uji saya lagi, anak saya Alif Johan baru saja menghembuskan nafas terakhir, pulang ke Ramatullah di rumah saya”- katanya menerusia sebuah video di Instagram.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, pembantu rumah menghantar pesanan arwah pengsan dan tidak sedarkan diri  sebelum dikejarkan ke Hospital.

“Arwah pengsan ketika berada di rumah. Pembantu rumah beritahu Alif tiba-tiba tidak sedarkan diri dan dia segera hubungi ambulans. Saya masih tidak dapat maklumat lanjut mengenai punca sebenar dia meninggal dunia kerana dalam perjalanan hendak ke hospital,” kata Nora kepada Harian Metro.

Dalam posting terakhir Alif di Instagram, arwah memuatnaik video dia menyanyikan lagu Salam Terakhir di sebuah pertandingan nyanyian, CLASH OF TALENT 2.  

Jenazah kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang beriman.

IKLAN