Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Dashing Jalin Kerjasama Dengan Juventus Di Malaysia

by Phic ARMAN
December 14, 2019
Share on Facebook

DASHING, jenama penjagaan peribadi lelaki terkemuka Malaysia telah mengumumkan secara rasami bekerjasama dengan Juventus, kelab bola sepak dunia yang dikagumi.

En. Sriram Krishnamurthy, Ketua Eksekutif Wipro Unza Malaysia berkata, Juventus dan DASHING adalah dua ikon besar dan tersendiri – Juventus, ikon di dalam dunia bola sepak manakala Dashing, jenama terulung penjagaan peribadi lelaki. Kedua-duanya berkongsi nilai yang sama seperti semangat berpasukan yang tinggi, semangat persaudaraan dan sentiasa bersedia untuk bersama.

Sriram menambah, dalam beberapa bulan yang akan datang, DASHING telah mengaturkan pelbagai aktiviti yang menarik seiring dengan kerjasama bersama Juventus. Beberapa peminat bola sepak Malaysia bakal berpeluang merasai pengalaman keemasan bola sepak kelas pertama oleh Juventus.

Mr. Tomas Aricó – Ketua Penasihat Kerjasama Juventus menerima set produk DASHING daripada Mr. Sriram Krishnamurthy Ketua Eksekutif Wipro Unza Malaysia

Manakala Tomas Aricó, Ketua Penasihat Kerjasama Juventus, berkata, kerjasama eksklusif ini merupakan peluang pertama bagi pembangunan program kerjasama strategik Juventus dan mereka akan memberikan sokongan yang terbaik untuk memastikan kejayaan program ini.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian itu, DASHING dengan berbesar hati nya mengumumkan peraduan “DASHING ; Beli, WhatsApp dan Menang” yang berlangsung dari Oktober 2019 –Jan 2020 dimana enam (6) pemenang hadiah utama akan diterbangkan ke bandar Turin, Italy, sekaligus, untuk merasai pengalaman keemasan bola sepak, termasuk peluang bertemu dengan pemain kegemaran Juventus mereka dan menonton pertandingan bola sepak secara langsung di Allianz Stadium. – tempat asal Juventus.

Manakala hadiah-hadiah menarik yang lain termasuklah barangan rasmi yang ditandatangani oleh Juventus dan set hadiah edisi terhad DASHING / ELITE Juventus.

Menangi peluang eksklusif ini dengan beberapa langkah mudah sahaja. Pengguna boleh menyertai kontes dengan membeli sebarang produk DASHING atau ELITE di mana-mana outlet yang berkenaan diseluruh Malaysia dan outlet yang mengambil bahagian dalam kontes kemasukan rasmi melalui WhatsApp.

Untuk lebih menggalakkan penyertaan ini dan menjadikan ianya sebuah mimpi menjadi kenyataan, tiada sekatan ke atas jumlah pembelian atau jumlah barangan yang perlu dibeli untuk penyertaan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai DASHING x Juventus, peraduan “Beli, WhatsApp & Menang” lawati laman Facebook DASHING dan Instagram.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/uu17r
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem