Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Single “Khayalan” Kucaimars Dapat Sambutan Positif Peminat

by Zaidin Albert
December 16, 2019
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Amirul Husyairi bin Nani atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Kucaimars mula mencuri perhatian apabila video lagu-lagu saduran dendangannya yang dikongsi menerusi laman media sosial menjadi tular dan mendapat sambutan hangat warganet.

Semenjak dilamar sebagai penyanyi rakaman di bawah pengurusan syarikat rakaman Warner Music Malaysia, penyanyi ini telah melancarkan single debut berjudul ‘Jawab’ pada awal tahun ini.

Namanya kini semakin meningkat naik setelah menyertai program realiti Big Stage 2019 pada Ogos lalu yang menjadi tontonan peminat muzik tempatan saban minggu.

Walaupun hanya berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat Separuh Akhir, namun bintang seni Kucaimars semakin bersinar apabila muncul dengan single terbaharunya “Khayalan” yang dirakam sempena penyertaan dalam program tersebut.

Walaupun gagal ke Konsert Akhir Big Stage 2019, namun pengalaman Kucaimars bertanding di pentas berprestij itu ternyata berbaloi apabila “Khayalan” mendapat sambutan positif peminat sejak diperdengarkan pada 24 September lalu menerusi video lirik rasmi “Khayalan” yang dimuatnaik di saluran Youtube Rocketfuel Network yang sehingga kini berjaya mencapai lebih 362,000 tontonan.

Single kedua Kucaimars ini merupakan lagu ciptaan sepenuhnya komposer terkenal Romeo dan Ezra Kong. Single ini merupakan hasil kerjasama antara Rocketfuel Entertainment dan Warner Music Malaysia.

Bagi menambah lagi impak kepada lagu yang sudah mula menjadi siulan anak muda masa kini, video muzik rasmi “Khayalan” telah dilancarkan sejak jam 8.00 malam semalam di saluran YouTube Warner Music Malaysia.

https://www.instagram.com/p/B2yWZCvh5mS/

Dalam video muzik arahan Ghazi Maslan ini, Kucaimars memilih untuk berganding dengan Nina Amin, finalis Dewi Remaja 2019.

“Khalayan” boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 4 OKTOBER 2019. Manakala video muzik rasmi “Khalayan” boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia bermula 12 DISEMBER 2019.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/qypef
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem