Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Abang Bertaubat La”- Isteri Tak Berniat Nak Aibkan Da’i Hijrah

by Khai Azfar
December 23, 2019
242
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang lagi pendakwah selebriti dikatakan telah berlaku curang dengan isterinya, selepas wanita itu sendiri tampil mendedahkan sikap buruk suaminya pada sebuah portal hiburan yang berlanjutan sejak empat tahun yang lalu.

Sudah Beberapa Kali Diberikan Peluang 

Biarpun tidak mendedahkan identiti sebenar mengenai siapakah pendakwah yang dikenali sebagai Da’i H, akhirnya pada Jumaat lalu spekulasi tersebut terlerai apabila isteri kepada Da’i Hijrah membuat satu kenyataan balas di laman Facebook nya mengenai tanggapan netizen mendakwa wanita tersebut cuba mengaibkan suaminya sendiri.

Menurut Aida atau nama sebenarnya Zaidah binti Ismail tujuan dia berbuat demikian bukanlah kerana ingin memfitnah atau menjatuhkan nama baik suaminya, namun wanita itu sudah memberikan beberapa peluang buatnya untuk berubah namun perkara yang sama masih terjadi.

Terdahulu, Aida mendedahkan Hijrah atau nama sebenarnya Muhammad ‘Asri Hijrah Damni, 29 sanggup melakukan panggilan tidak senonoh dengan wanita lain setelah perbuatannya dibongkar oleh Aida yang menemui rakaman video tersebut di dalam telefon bimbit milik pendakwah itu.

“Bukan niat saya untuk membuka aib suami kepada khalayak, namun saya tak mahu mereka terpedaya dengan penampilan golongan sebegini.

“Bayangkan suami saya sanggup melakukan panggilan tidak senonoh dengan wanita lain. Semuanya terbongkar selepas saya menemui rakaman video tersebut yang disimpan dalam telefon bimbitnya,” katanya

Selain itu, wanita tersebut turut menemui gambar berahi bekas kekasih suaminya yang dikirim menerusi laman Instagram selain sering menghantar mesej kepada beberapa orang gadis secara rawak dengan niat untuk bersembang perkara yang tidak senonoh.

Berdoa Kembali Ke Pangkal Jalan

Dalam pada itu, Aida memohon maaf kepada Hijrah atas tindakannya mendedahkan segala perihal yang berlaku selain mendoakan agar suaminya itu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan biarpun akan berhadapan dengan sebarang kemungkinan selepas ini mengenai rumahtangga mereka.

Sebagai info, Hijrah yang berasal dari Kampung Bintangor, Sarawak merupakan salah seorang finalis program realiti, Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga yang bersiaran di TV3 pada tahun 2015.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Da'i Hijrah CurangDai' Hijrah
https://lomp.at/qid3w
Share100Tweet59SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem