Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Intip Istana Mewah Kareena Kapoor Yang Bernilai RM 466 Juta

by Phic ARMAN
December 23, 2019
861
KONGSIAN
Share on Facebook

Awal Disember yang lalu, bintang bollywood terkenal Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan dilihat berkumpul di Pataudi Palace atau Istana Pataudi bersama teman-temannya.

Dalam gambar itu, Kareena Kapoor kelihatan elegan dan berkarisma manakala Saif kelihatan seperti seorang raja dengan latar belakang istana yang indah yang merupakan warisan nenek moyangnya.

View this post on Instagram

A post shared by Kunal Kemmu (@kunalkemmu)

Untuk info,  Kareena Kapoor berkahwin dengan Saif Ali Khan yang merupakan dari keturunan keluarga diraja. Seperti yang disebutkan dari bollywoodshaadis.com, bapa Saif Ali Khan, Mansoor Ali Khan Pataudi adalah bekas Kapten kumpulan kriket di India dan juga Nawab Pataudi iaitu pemerintah Pataudi dari 1952 hingga 1971.

Pataudi adalah sebuah bandar yang indah yang terletak di kaki bukit Aravali, Daerah Gurgaon, India. Ini adalah bandar yang pernah menjadi kerajaan kecil sebelum India mencapai kemerdekaan.

Selepas Mansoor Ali Khan meninggal dunia, suami Kareena Kapoor, Saif Ali Khan dinobatkan menjadi Nawab Pataudi. Beliau adalah putera ke-10 yang masih mempunyai darah biru di India.

Seperti putera di negara lain, Saif juga mempunyai istana iaitu Istana Pataudi, warisan kerajaan suami Kareena Kapoor yang terletak di kota Pataudi di daerah Gurgaon di Haryana.

Apakah rupa istana megah suami Kareena Kapoor? Mari lihat sedikit info tentang istana ini seperti dilaporkan oleh India Today.

Warisan Keluarga Pemerintah

Pataudi Palace seperti yang dijelaskan sebelumnya, telah diserahkan dari pemerintah yang terakhir, Iftikhar Ali Khan kepada anaknya, Mansoor Ali Khan.

Selepas Mansoor Ali Khan meninggal, Saif Ali menjadi pewaris. Jadi ia mempunyai istana dengan seni bina yang mengagumkan, sebuah dewan besar dan taman-taman yang rimbun.

Rumah Kolonial

Pada awal tahun 1900-an, Pataudi Palace telah direka dan dibina dalam gaya rumah kolonial Imperial Delhi oleh Robert Tor Russell, dibantu oleh arkitek Austria, Karl Molt von Heinz.

Selepas mewarisi tempat ini, Saif Ali Khan mengambil pereka dalaman Darshini Shah untuk mengubahsuainya.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan keselesaan dan menjadi lebih bergaya daripada hanya mewah dan besar.

Istana Bernilai RM466 Juta

Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan sebenarnya banyak menghabiskan kehidupan sehariannya di Mumbai. Tetapi, mereka sering memilih Pataudi Palace sebagai lokasi percutian musim sejuk.

Seperti yang dilaporkan oleh architecturaldigest.in, rumah percutian Saif Ali Khan dan ahli keluarganya ini mempunyai kawasan seluas 10 hektar dan mempunyai 150 bilik, termasuk tujuh bilik persalinan, tujuh bilik tidur, tujuh bilik snooker, serta ruang tamu dan ruang makan mewah.

Istana ini bernilai INR 800 atau setara dengan RM 466 Juta.

Dihiasi Foto-foto Lama

Sebagai warisan keluarga diraja, tidak hairanlah Istana Pataudi mempunyai banyak kenangan sejarah. Semua kenangan dicatatkan dalam gambar-gambar lama yang menghiasi di berbagai tempat di istana yang indah ini.

Pernah Dijadikan Sebuah Hotel

Mansoor Ali Khan pernah menyewa tempat ini selama 17 tahun dengan Francis Wacziarg dan Aman Nath, pemilik rangkaian Neemrana Hotels.

Tempat ini dikendalikan sebagai The Pataudi Palace Hotel antara tahun 2005 dan 2014 sebelum Saif Ali Khan mengambil alih harta pusaka ini. Menurut laporan dari architecturaldigest.in, Saif terpaksa mengeluarkan wangnya sendiri untuk mendapatkan semula Istana ini dari pemilik hotel.

Lokasi Penggambaran Filem

Jadi lokasi penggambara filem Eat Pray Love” yang dibintangi oleh Julia Roberts

Kerana mereka tidak mendiami Istana Pataudi setiap hari, Kareena dan Saif Ali membuat istana mereka sebagai lokasi penggambaran seperti filem “Eat Pray Love” yang dibintangi oleh Julia Roberts, kepada filem-filem popular lain iaitu “Mangal Pandey”, “Veer Zara”, juga menyewa Istana Pataudi sebagai lokasi penggambaran.

Begintulah tujuh info menarik Istana mewah milik Kareena Kapoor dan istana Saif Ali Khan yang indah. Apa pendapat anda?

https://lomp.at/1rwz9
Share856Tweet2SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Intai Rumah Baru Aliff Syukri di Sunway d’hill Residences,- “Betul-betul Mega Rumahnya”

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman buat ramai terkejut apabila berkongsi video rumah barunya di Instagram. Dalam kapsyen,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara