[GIVEAWAY] Menang Tiket Eksklusif Filem 21 Bridges Dibintangi Chadwick Boseman

169

Chadwick Boseman kembali beraksi melawan penjenayah, kali ini dia tidak memakai kostum Black Panther tetapi sebaliknya menggunakan senjata api sebagai detektif NYPD.

Di dalam filem 21 Bridges, Boseman memegang watak sebagai detektif bernama Andre Davis yang terkenal dengan kemahiran menembak dalam menumpaskan penjenayah.

IKLAN

21 Bridges adalah projek filem terkini dari Russo Brothers selepas projek Infinity Saga dari Marvel Cinematic Universe, iaitu Avengers: Endgame, serta mempertemukan kembal Chadwick Boseman dengan Russo Brothers setelah berkerjasama dalam filem Captain America: Civil War, Avengers: Infinity War, dan Avengers: Endgame.

Menerusi trailer. perkara pertama yang dipaparkan ialah bilangan nama besar pelakon Hollywood seperti Keith David, Sienna Miller, dan J.K. Simmons.

Chadwick Boseman

Filem itu sendiri menceritakan kisah seorang detektif NYPD yang sedang memburu penjenayah yang membunuh beberapa anggota polis. Rupa-rupanya ada konspirasi besar di belakang semuanya. Demi mendapatkan penjahat, detektif akhirnya menutup semua jambatan yang menghubungkan Manhattan ke New York.

Filem 21 Bridges bakal ditayangkan serentak diseluruh Malaysia pada 2 Januari 2020.

Menang Tiket Tayangan Eksklusif 21 Bridges

Bagaimana, adakah anda tertarik untuk menonton? Khas Untuk Peminat Murai MY, pada hari Isnin , 30 Disember 2019, jam 9  malam bertempat di TGV One Utama, kami ingin mencari pembaca bertuah untuk menonton lebih awal filem ini dengan memenangi sepasang tiket tayangan eksklusif!

Caranya anda hanya perlu ikuti langkah dan jawab soalan berikut untuk melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang.

Ikuti langkah-langkah ini untuk memenangi tiket!

  1. ‘Like’ Facebook murai.my, ikuti kami di Instagram @muraimalaysia dan Twitter @MuraiMalaysia.
  2. Kongsi Poster filem “21 Bridges” di media sosial anda, dan sertakan slogan ini dengan menjawab soalan dibawah:

Saya nak menang peraduan Tayangan EKSKLUSIF filem “21 Bridges” bersama Murai MY. Rasa tak sabar nak menonton filem “GUNDALAt” kerana ada pelakon hebat seperti …. (sebut 2 nama pelakon yang membintangi filem ini).

  • Sertakan hashtags  #MuraiMY #21BridgesMY #TGVPictures, bersama jawapan dan pastikan post anda tidak ‘private’ dan ditetapkan kepada ‘public’.
  • Kemudian hantar pesanan atau mesej (DM) kepada kami dengan menghantar ‘link’ posting tersebut. Jika tiada Facebook, boleh hantar menggunakan Twitter dan Instagram untuk pengesahan.
  • Pemenang akan dihubungi pihak Murai MY melalui Facebook anda.
  • Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di  TGV One Utama pada 30 Disember bermula jam 8 malam hingga 9 malam.
  • Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 9 malam TIDAK AKAN DILAYAN
  • Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin.
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN

Komen Anda