Aktres berasal dari India,  Sana Saeed lebih mudah dikenali sebagai bintang kanak-kanak yang muncul dalam filem popular, Kuch Kuch Hota Hai. Siapa sangkan bintang cilik yang memegang watak sebagai Anjali ini kini sudah berusia 31 tahun dan menjadi bintang muda yang cantik!

Sana melanjutkan pelajaran di salah satu Universiti di Amerika Syarikat pada tahun 2016 dan ini salah satu sebab dia tidak meneruskan kariernya di dunia lakonan.

Walaubagaimanapun, dia kini kembali semula aktif dalam bidang lakonan. Dalam satu temubual eksklusif bersama UrbanAsian, Sana telah berkongsi perjalanan karier beliau sejak terlibat dengan filem Kuch Kuch Hota Hai yang ditayangkan pada tahun 1998.

IKLAN

“Sejujurnya, ketika saya berlakon dalam filem itu, ia adalah sesuatu yang membanggakan. Sejak saya memulakan semula kerjaya sebagai pelakon, saya mula memahami dengan peluang yang saya perolehi dari filem itu. Baru saya sedar betapa besar peluang itu sebenarnya.”

Berkongsia pengalamannya membintangi filem Kuch Kuch Hota Hai, dia akui kehidupannya  berubah serta merta. Pada awalnya Sana tidak bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon.

“Apabila saya masih muda dan ramai yang bertanya kepada saya apa yang saya mahu lakukan, saya akan mengatakan saya mahu menjadi seorang Doktor haiwan, penyelam atau angkasawan!

“Berlakon adalah hobi yang menyeronokkan, tidak pernah terlintas di fikiran bahawa saya dapat peluang besar sehingga ia memulakan kerjaya saya sebagai anak seni. Beberapa lama kemudian, saya memutuskan untuk kembali berlakon kerana ia adalah sesuatu yang saya sangat suka dan saya pandai melakukannya!”

“Saya menyedari betapa indahnya peluang yang diberikan pada usia 8 tahun. Kadang kala ada sedikit rasa malu kerana kini sudah dewasa, lagi-lagi ada yang masih memanggil saya dengan nama “Anjali”- katanya

Anggap Shahrukh Khan Seperti Bapa Sendiri

Tambahnya lagi, dia sangat bertuah dapat berlakon dengan aktor nombor satu di India, Shahrukh Khan pada usia 8 tahun dan sudah menganggap Shahrukh Khan seperti bapanya sendiri.

IKLAN

“Saya suka bekerja dengan semua orang, terutamanya Shahrukh Khan dan Farida Jalal. Shahrukh seperti seorang bapa kepada saya dan Farida melayan saya seperti cucunya sendiri. Saya masih ingat, ketika usia kecil, saya menunjukkan sijil pencapaian sekolah kepada mereka dan mereka sangat bangga dengan pencapaian saya. Kami semua seperti keluarga! Pastinya salah satu kenangan yang tak dapat dilupakan”

Ternyata wajahnya semakin dewasa dan susah untuk disamakan dengan wajah Anjali kecil 20 tahun yang lalu. Dalam akun instagramnya, Sana ini kerap memotivasi para  peminatnya dengan tulisan inspiratif. Kini dirinya tengah sibuk menjadi seorang pengacara untuk salah satu program TV di India.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry