• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

‘Pengantin Disember’- 7 Selebriti Ini Selamat Bergelar Suami & Isteri

by Khai Azfar
December 25, 2019
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum 2019 melabuhkan tirainya. Biarpun tahun hadapan, 2020 dianggap sebagai tahun yang ‘cantik’ untuk meraikan pelbagai acara keraian, namun tidak kurang juga yang mengambil kesempatan baki hari yang ada untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

7 Selebriti Ini Selamat Bergelar Suami & Isteri

Buktinya, 7 selebriti ini telah selamat melangsungkan majlis pernikahan mereka baru-baru ini. Ada yang pertama kali melangsungkan perkahwinan tidak kurang juga ianya merupakan perkahwinan kedua mereka. Berikut kami tampilkan 7 selebriti yang telah selamat bernikah, tahniah diucapkan!

Datuk Seri Eizlan Yusof (12 Disember)

Tarikh keramat 12 Disember menyaksikan pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, selamat menjadi suami kepada Natasha Rosa Boudville, 29, pada majlis pernikahan yang berlangsung di The Glass Suite, Boraombak Marina dalam majlis pernikahan yang cukup meriah.

Pasangan itu telah dinikahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail dengan disaksikan kira-kira 100 tetamu, termasuk keluarga dan kenalan terdekat.

Sebagai info, Natasha yang memeluk Islam pada Ogos tahun lalu, menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian, selain wang hantaran RM12,121.90. Majlis turut diserikan dengan upacara berbalas pantun kedua-dua pihak sebagai sebahagian daripada kemeriahan adat tradisi Melayu dalam perkahwinan.

Ain Edruce (13 Disember)

Selepas lebih dari setahun perkenalan mereka, pelakon Ain Edruce telah selamat diijabkabul dengan lelaki pilihannya yang juga ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 26, jam 9.11 malam 13 Disember lalu.

Dalam majlis pernikahan itu, Ain menerima mas kahwin RM888 manakala, jumlah wang hantaran dirahsiakan. Pelakon sitkom JKKK itu dinikahkan bapanya, Ar Edruce Sabri dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek, Kampung Baru, Azizi Ab Hamid.

Fara Hezel (20 Disember)

Penyanyi yang juga kakak kepada Aiman Tino, Fara Hezel telah sah bergelar isteri kepada Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin di Dewan Eksklusif Strand Mall, Kota Damansara, di sini, jam 3.32 petang Jumaat (20 Disember). Fara dan Kamal yang bertunang pada 6 Julai lalu telah dinikahkan oleh bapa Fara, Yusri Ishak, dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Daerah Petaling, Mohd Khairil Nizam Jaludin.

Dalam majlis itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM400 dan wang hantaran bernilai RM20,000. Fara juga menerima 11 dulang hantaran berbalas sembilan. Selepas majlis resepsi di Kuala Kubu Bharu,sebuah lagi acara resepsi akan diadakan pada 28 Disember di Kuala Terengganu.

Farah Nabilah (20 Disember)

Menerima wang hantaran RM77,777.77 sebagai simbolik tahun perkenalan mereka, pelakon Farah Nabilah,27 telah selamat bergelar isteri kepada seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 28, pada jam 9.04 malam (20 Disember).

Dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan Farah dan Amirul yang berlangsung di Royale Chulan Damansara itu dihadiri oleh keluarga, sahabat handai dan rakan media. Sebagai info, detik percintaan mereka bermula setelah diperkenalkan oleh teman rapat mereka, pelakon Izara Aishah.

Fatin Husna (22 Disember)

Penyanyi yang dikenali ramai menerusi lagu duet Rahsia Kita bersama Khai Bahar, Fatin Husna telah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati, Luqmanul Haqim pada Isnin, 23 Disember.

Majlis akad nikah yang diadakan secara kecil-kecilan itu telah berlangsung di surau berhampiran kediaman keluarga Fatin di Seremban, Negeri Sembilan. Pada majlis akad nikah itu, pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang berbalas tujuh dulang, selain menerima mas kahwin RM200.

Issey (22 Disember)

Menamatkan zaman dudanya dengan seorang ibu tunggal tiga cahaya mata, penyampai radio dan pelawak Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, telah sah menjadi suami kepada Noor Aimi binti Mohamed Jamel, 32, dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang diadakan di Calamaya Garden, Kota Bahru, Kelantan pada 22 Disember.

Issey dan Aimi dinikahkan oleh Timbalan Imam Masjid Mukim Pauh Panji, Ustaz Tengku Mahmud bin Tengku Haji Ibrahim dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskah Al-Quran dengan disaksikan kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat. Sebagai info, Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 sebelum bercerai pada 21 Ogos 2016. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Isma (22 Disember)

Penyanyi Isma, 39 telah selamat melangsungkan pernikahan kali keduanya dengan pasangan pilihan Mohd Dzaki, 35 pada 22 Disember baru-baru ini. Majlis pernikahan kakak kepada penyanyi Tomok itu telah diadakan di Menara Seri Dewan Wilayah, Putrajaya. Isma telah menerima mas kahwin sebanyak RM100 dan jumlah hantaran dirahsiakan.

Malah menurut sebuah portal hiburan, dia turut enggan mengulas lanjut mengenai butiran majlis perkahwinannya.Isma sebelum ini pernah berkahwin dengan komposer dan penyanyi Zul 2 By 2 pada 16 April 1998, namun bercerai pada awal tahun lalu.

Hasil perkahwinan bersama, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 21, Muhammad Haiqal Aydiel,20, Seri AidaMerlissa,18, Seri Ayreen Merlynda,16, dan Seri Adryana Mercella,12.

ain edruceeizlan yusoffara hezelfarah nabilahFatin Husnaselebriti kahwin 2019
https://lomp.at/pvzei
Share21Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  5. 5

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore