Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Naqiu Boboy & Hady Mirza Sudah Rancang ‘Belanjakan’ Wang Kemenangan

by Khai Azfar
December 26, 2019
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Juara Gegar Vaganza 2019, Naqiu Boboy dan Hady Mirza sememangnya sudah mempunyai perancangan mengenai wang kemenangan mereka usai dinobatkan sebagai juara bagi musim keenam program realiti itu.

Mahu Bawa Isteri Tunaikan Umrah

Ketika ditemui Murai.my, Hady atau nama sebenarnya Mohammad Mirzahady bin Amir,39 berkata dia berhasrat untuk menggunakan sedikit daripada wang tersebut untuk mengerjakan ibadat umrah bersama isteri tersayang, Nurjannah Nur Wahid.

Menurut Hady, isterinya tidak pernah menjejakkan kaki ke kota suci Mekah itu, malah dengan wang yang dimenanginya  dapatlah dia menunaikan hasrat sebagai hadiah buat isterinya yang tidak berbelah bahagi memberi sokongan sejak awal pembabitannya.

Naqiu Dermakan Separuh Wang Kemenangan 

Bagi Naqiu pula, sejak tersenarai layak ke pusingan suku akhir GV, dia sudah menyimpan niat untuk bersedekah separuh daripada wang kemenangannya kepada beberapa buah rumah anak-anak yatim sekiranya dinobatkan sebagai juara.

Mengenai perancangan perjalanan seninya, tidak lama lagi dia bakal muncul dengan dua buah single termasuklah bersama band, Six Years yang dianggotai oleh ahli kumpulan Boboy terdahulu.

“Sejak dari konsert suku akhir GV6 lagi, saya beritahu isteri niat sekiranya bergelar juara saya mahu dermakan wang kepada anak-anak yatim.

“Saya tidak mahu fikir mengenai duit Sebab apa yang lebih penting saya mahukan platform sebagai laluan untuk ke peringkat seterusnya,”

“Insha Allah dalam masa tiga atau empat bulan, saya mahu lancarkan lagu baharu. Sebuah lagu single manakala satu lagi bersama band, Six Years yang dianggotai oleh ahli kumpulan Boboy,” katanya.

Sebagai info, selain daripada wang tunai RM100,000 sumbangan Astro, Naqiu dan Hady masing-masing turut membawa pulang pakej percutian ke Eropah Timur dan Timur Tengah sumbangan selamatbercuti.com, pakej ubahsuai ruang tamu dan ruang makan sumbangan IMHOMESTYLIST serta hadiah penginapan dua hari satu malam di bilik Executive Suite, Hotel Tenara Bandar Baru Bangi dan trofi GV2019.

hady mirzajuara gegar vaganza 2019Naqiu Boboy
https://lomp.at/lpfgv
Share11Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Musik

[VIDEO] Konsert Bukan Pertandingan Vokal! Ini Sebab Kenapa Konsert Fauziah Latiff ‘Full House’

by Phic ARMAN
May 11, 2026

Konsert pertandingan vokal ke?  Itulah persoalan yang tiba-tiba hangat diperdebatkan selepas berlangsungnya konsert 4 Decades Fauziah Latiff Live in Concert...

Read moreDetails
Indonesia

UNGU Ubati Rindu Peminat Dengan ‘UNGU 3 DASAWARSA: Special Night In Kuala Lumpur’ 5 September Ini

by Naddy Joe
April 26, 2026

Tiga dekad dalam industri bukan sekadar satu angka, ia adalah perjalanan yang ditempa dengan jatuh bangun, evolusi dan ketahanan yang...

Read moreDetails
Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Dalam usaha mengangkat semula karya malar segar ke dimensi baharu, penyanyi muda berbakat - Didie Shazry tampil dengan remake sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  3. 3

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara