Filem seram Indonesia, Ratu Ilmu Hitam bakal ditayangkan tidak lama lagi di pawagam tanah air. Sebelum ini, kami difahamkan filem gabungan penggiat industri perfileman Indonesia Kimo Stamboel dan Joko Anwar ini menerima pujian yang cukup positif buat mereka yang sudah menontonnya di Indonesia.

Reboot Filem Seram Tahun 1981

Sebagai info, Ratu Ilmu Hitam ini merupakan filem ‘reboot’ dari filem seram Indonesia terdahulu yang menggunakan tajuk yang sama sekitar tahun 1981 yang turut menampilkan pelakon seram popular, Suzanna. Kami di murai.my berkesempatan untuk menonton filem ini lebih awal selepas diundang oleh pihak GSC Movies bagi tayangan bersama media.

IKLAN

Gabungan Seram Dan Thriller Yang Menjadi 

Apa yang kami boleh katakan filem ini sememangnya berjaya membuatkan kami begitu fokus dengan plot filem sehingga ada kalanya membuatkan kami mencubit lengan sendiri gara-gara babak ‘thriller’ yang dipaparkan begitu maksima dan ekstrem! Secara tidak langsung mengingatkan kami perasaan yang sama ketika menonton francais filem Saw dan Siccin.

Biarpun permulaanya agak sedikit perlahan, namun jalan cerita yang seterusnya mampu membuatkan anda tidak duduk diam dan ternanti-nantikan apakah pengakhiran pada setiap watak yang bagi kami agak berani buat produksi tampilkan sebegitu ramai di dalam sebuah filem seram.

Ternyata ianya satu lagi filem dari seberang yang anda wajib tonton pada awal 2020. Buat anda yang mempunyai fobia terhadap beberapa perkara, pastikan anda bersiap sedia dengan babak yang akan dipaparkan dalam Ratu Ilmu Hitam.

Tidak perlukan jumpscare yang melampau, cukup dengan jalan ceritanya sudah mampu menjadi kekuatan utamanya!  Ratu Ilmu Hitam bakal ditayangkan bermuda 2 Januari 2020 ini di seluruh pawagam GSC tanah air.

Sinopsis Ratu Ilmu Hitam 

Berbeza dengan versi sebelum ini, Ratu llmu Hitam 2019/2020 mengisahkan mengenai tiga orang sahabat karib yang pernah tinggal disebuah rumah anak-anak yatim yang terletak jauh di kawasan pendalaman bertemu semula setelah meningkat dewasa.  Hanif, Anton dan Jefri kembali semula ke rumah anak yatim yang pernah mereka diduduki menziarahi penjaga mereka, Pak Bandi yang telah jatuh sakit.

IKLAN

Biarpun begitu, ketibaan mereka bersama keluarga msasing-masing mula mengalami kejadian aneh  termasuklah penemuan yang sangat mengejutkan yang bertujuan untuk membalas dendam terhadap mereka.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda