• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Drama Kampung People Buat Netizen Terhibur!

by Khai Azfar
December 27, 2019
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika ini, sedang hangat ditayangkan sebuah drama bersiri berjudul Kampung People yang bersiaran di slot Lestary TV3. Drama yang menampilkan barisan pelakon popular seperti Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah ini telah mencuri perhatian netizen apatah lagi hampir setiap episodnya turut trending di media sosial.

Dipuji Ramai

Manakan tidak, ada sahaja gelagat dan babak yang menghiburkan telah ditonjolkan di dalam drama ini sehingga mendapat pujian ramai. Malah, ada juga yang memuji bahawa Kampung People telah berjaya membawa kisah realiti yang dalam masyarakat melayu yang diangkat menjadi sebuah naskhah yang cukup menarik.

Menariknya lagi mengenai drama ini ianya telah diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin manakala skripnya pula ditulis oleh Wan Hasliza sendiri bersama Baizura Kahar dan Keen. Sebagai info, Wan Hasliza pernah mengarahkan drama bersiri popular suatu ketika dahulu, Dunia Baru yang turut dibintangi oleh Baizura. Selain itu, drama Keluarga Iskandar juga merupakan drama arahan pengarah wanita ini.

Mahu Dijadikan Drama Sempena Ramadan 

Rata-rata mereka yang sudah menonton Kampung People mengharapkan agar drama ini terus mempunyai kesinambungannya apatah lagi diadakan drama khas bersempena Ramadan pada tahun hadapan. Drama ini boleh ditonton di TV3 pada setiap hari hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam.

Sinopsis Kampung People

Razif bekerja dengan Tuan Suhaimi yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli, polis datang menyerbu tempat mereka dan ditangkap. Razif disoal siasat dan diugut dengan penjara selama 15 tahun jika tidak membuka mulut.

Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan.

Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaaan di kampung.

drama kampung peoplekampung people
https://lomp.at/uicjq
Share30Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  4. 4

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore