Siapa sangka hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum 2019 melabuhkan tirainya. Sepanjang tahun ini pelbagai kisah kontroversi melibatkan selebriti tempatan hangat diperkatakan malah ada diantaranya masih dibacarakan dikalangan netizen.

10 Kes Selebriti Paling Hangat Sepanjang 2019

Baik dari segi perceraian mahupun beberapa kes, kontroversi ini mendapat liputan luas daripada media tempatan.Murai.my senaraikan kembali kisah 10 kontroversi selebriti paling hangat sepanjang tahun 2019.

10Linda Rafar Mahu Saman Hampir 100 Individu

Terdahulu kecoh seketika mengenai kontroversi melibatkan selebriti Linda Rafar dan seorang jururawat. Linda telah meluahkan rasa kesal di Instagram nya dengan layanan buruk seorang jururawat hanya kerana ingin meminta mereka menukarkan cadar katil arwah ibunya di sebuah hospital. Justeru itu, jururawat tersebut telah menghantar notis tuntutan beserta permohonan maaf kepada pihak Linda.

IKLAN

Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu yang terjadi, Linda sebelum ini telah mengadakan satu sidang media khas dimana pihaknya menuntut 100 individu yang terlibat untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Sekiranya gagal berbuat demikian 100 orang penama ini bakal disaman bersama-sama tiga penama lain yang dinamakan pihak Linda menerusi peguamnya, Nurul Hafidzah & Associates.

Bagaimanapun,bersempena Ramadan yang lalu,Linda mengambil keputusan untuk memaafkan semua individu yang terlibat selama ini dan ignin melupakan segala kisah yang lalu.

9Perkahwinan Dan Perceraian Rihana Oksana

Sehingga ke hari ini, kisah mengenai bekas ratu cantik Moscow Rihana Oksana masih hangat diperkatakan. Bermula dengan kontroversi perkahwinan dan perceraian dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sehinggalah mengenai status sebenar anak Rihana, Tengku Ismail Leon Petra menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa.

Malah ada sahaja posting daripada wanita itu menjadi tajuk di paparan media dan menjadi teka-teki mengenai pengakhiran kontroversi yang melanda.

8Gelaran Juara Dewi Remaja Ditarik Semula Dari Haneesya Hanee

Tidak sampai seminggu menyandang gelaran tersebut, Haneesya Hanee dihimpit dengan satu kontroversi panas dimana terdapat sebuah video yang tular di media sosial menampakkan beberapa orang remaja perempuan sedang berparti di sebuah kelab malam sambil menikmati minuman keras.

Lebih mengejutkan wajah remaja-remaja tersebut mempunyai iras peserta Dewi Remaja yang dikatakan seperti Erni, Fazreen dan Haneesya sendiri. Tidak lama kemudian, gelaran Juara Dewi Remaja yang dimenangi oleh Haneesya telah ditarik semula gara-gara insiden tersebut yang dipercayai melanggar syarat penyertaan program realiti itu.

7Perceraian Bella Astillah Dan Aliff Aziz

Tahun 2019 menyaksikan pelbagai kontroversi melanda penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz. Setelah didakwa curang termasuklah melibatkan beberapa orang selebriti wanita popular, akhirnya Aliff dan isterinya Bella Astillah disahkan bercerai dengan talak satu pada Mei lalu.

Menurut Aliff, mungkin ini adalah petunjuk dari Allah SWT untuk kembali berfikir dan muhasabah diri. Di kesempatan itu juga, Aliff turut memohon maaf kepada Bella dan keluarga serta berharap dengan perpisahan yang terjadi sedikit sebanyak memberikan iktibar kepada dirinya.

6Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara Bersumpah

Penyanyi nasyid dan pendakwah, Suhaimi Saad telah mencabar angkawasan negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie berkenaan kenyataanya sebelum ini berkenaan kajiannya terhadap bentuk bumi. Menerusi status yang dimuatnaiknya di Facebook, Suhaimi mencabar angkasawan itu untuk bersumpah dengan memperakui bahawa bentuk bumi itu sememangnya sfera dan bukanlah rata seperti yang dibincangkan hebat oleh kebanyakan ilmuwan.

Dalam pada itu, dia juga berjanji akan menghentikan kajiannya sekiranya Dr Sheikh bersumpah mengenai bentuk bumi sebenar.Malah dalam kenyataannya yang lain, Suhaimi turut meminta netizen untuk menunjukkan kedudukan langit dunia seperti disebutkan dalam surah al-Mulk. Kenyataan tersebut mencetuskan perdebatan hangat dikalangan netizen selain menyifatkan pandangan Suhaimi seolah-olah sudah terpesong.

5Awi Rafael & Atikah Suhaimi Batal Pernikahan

Mengejukan! Pada 17 Mac sepatutnya merupakan tarikh yang begitu bermakna buat kedua-dua selebriti ini, Awi Rafael dan Atikah Suhaime apabila mereka bakal diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri. Malah terdahulu, Awi begitu teruja menantikan hari bahagia mereka apabila dia akan menggunakan detik indah pada hari perkahwinannya itu untuk dimuatkan dalam muzik video single terbarunya bertajuk Rahasiaku. Malah lagu itu juga dicipta khas untuk bakal isterinya.

Namun begitu, sesuatu yang mengejutkan telah dimuat naik Atikah menerusi laman Instagram nya. Menerusi perkongsian itu, kedua-dua mereka dikatakan terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk berkahwin pada Ahad ini. Meskipun sedih dengan keputusan itu, namun Atikah berterima kasih kepada penyanyi itu yang sering menjaga dan mengambil berat tentang dirinya selama menjadi tunangannya. Malah dia turut berharap hubungan mereka akan masih kekal baik pada masa akan datang.

4Video Bogel Zul Ariffin

Di susur masa laman Twitter, hangat memperkatakan mengenai sebuah video seorang lelaki berbogel sambil menunjukkan alat sulitnya yang kini tersebar luas di media sosial itu. Lebih mengejutkan, wajah lelaki di dalam video yang berdurasi 45 saat itu seakan mirip pelakon popular Zul Ariffin.

Sebagai rekod, ini bukanlah kali pertama pelakon J-Revolusi itu dikaitkan dengan kontroversi seumpama ini. Pada April tahun lalu, kecoh seketika apabila sekeping foto gambar alat sulit lelaki yang dikatakan milik pelakon berkenaan telah di muatnaik di Insta story Zul.

Namun begitu, foto tersebut telah dipadam tidak lama kemudian dan Zul menerusi wawancara sebuah akhbar turut menafikan gambar tersebut adalah gambar alat sulitnya.

3Putus Tunang! Syafie Naswip Dakwa Pukul Aishah Azman

Terdahulu, Syafie Naswip telah ditahan oleh polis selepas didakwa membelasah bekas tunangnya, Aishah Azman.Dakwaan tersebut muncul selepas wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya pada 26 Jun lalu selepas mendapat tahu pelakon itu menjalinkan hubungan sejenis.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, pelakon lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan telah datang ke rumah bekas tunangnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang, kira-kira jam 9 pagi hari kejadian.

Bagaimanapun susulan daripada kes itu, selepas siasatan dijalankan pihak pendakwa raya telah memutuskan bahawa kes tersebut sebagai Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi sekaligus membuktikan segala tuduhan yang dibuat ke atas Syafie adalah tidak benar.

2Video Chacha Maembong Berparti Tersebar

Menerusi sebuah akaun di laman Twitter telah memuatnaik beberapa buah video yang menunjukkan beberapa orang wanita sedang asyik berhibur.Malah lebih mengejutkan salah satu wanita di dalam video-video tersebut dikatakan mirip pelakon, Chacha Maembong.Dalam video-video itu, Chacha dilihat telah berparti di sebuah lokasi di Bali,Indonesia bersama rakan-rakannya.

Tidak cukup dengan itu, akaun tersebut turut memuatnaik sebuah video seorang wanita mirip Chacha yang bercumbu sambil menari dengan seorang wanita lain dipercayai juga rakannya.Meninjau ke akaun Instagram Chacha, di beberapa posting muatnaik terbaharunya kelihatan netizen mula membanjiri ruangan komen dengan beberapa persoalan mengenai video nya yang tular itu.Bagaimanapun, pelakon itu enggan memberi komen mengenai posting yang tular tersebut.

1Da’i Farhan Kahwin Dua, Cerai Isteri Pertama

Sebelum ini,sebuah pendedahan yang dibuat oleh peguam terkenal, Asiah Abd Jalil tular di media sosial selepas dia membuat kenyataan menerusi akaun Facebooknya menyatakan bahawa isteri pertama kepada Da’i Farhan telah diceraikan yang kini sedang sarat hamil anak kedua mereka.

Menurut Asiah, dia mendakwa telah mendengar rakaman suara Da’i Farhan yang telah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain dengan talak satu menerusi aplikasi WhatsApp.

Jelas Asiah, antara sebab mengapa pendakwah tersebut menceraikan Fatin adalah kerana dia didakwa telah nusyuz dan memfitnah suami. Lebih mengejutkan, Asiah turut mendedahkan bahawa Fatin telah dipukul dan dikurung oleh suaminya itu pada 22 November yang lalu dan laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarganya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda