Pelakon yang popular menerusi gandingan bersama Priyanka Chopra dalam filem muzikal Andaaz(2003), Kushal Punjabi telah mengejutkan ramai peminat dan industri hiburan apabila dia ditemui mati di apartmentnya pada Jumaat lalu.

Ditemui Mati Tergantung 

Menerusi sumber media negara itu, jasad Kushal ditemui dalam keadaan tergantung dipercayai membunuh dirinya sendiri sekitar jam 2 pagi. Terdahulu, beberapa jam sebelum ditemui mati aktor berusia 37 tahun itu sempat memuat naik foto bersama anak lelakinya, Kian yang berusia tiga tahun di laman Instagram miliknya.

IKLAN

Tinggalkan Wasiat 

Menguatkan lagi spekulasi bahawa Kushal telah membunuh diri, ibu bapanya telah menemui sepucuk surat terakhir yang ditulis oleh aktor tersebut.

Dalam penulisannya, Kushal telah meninggalkan wasiat agar rumah serta harta peninggalannya itu dibahagikan kepada ayah, ibu, anak lelakinya serta adik-beradik perempuannya.

Malah dia turut berkata tiada siapa yang patut dipersalahkan diatas punca kematiannya itu.

Dalam sumber lain, terdapat dakwaaan yang mengatakan dia menghadapi tekanan menghadapi proses perceraian dengan isteri, Audrey. Selain Andaaz, Kushal turut popular menerusi beberapa filem lain seperti Lakshya pada 2004, Kaal (2005), dan Salaam-E-Ishq (2007).

Komen Anda