Pada tahun 2015, sebuah syarikat penerbangan tempatan Rayani Air membuat kemunculan sulungnya sebaris dengan syarikat penerbangan yang lain.

Mencatat sejarah sebagai syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang beroperasi berlandaskan patuh syariah, Rayani Air membuat kelainan apabila menetapkan krew kabin beragama Islam diwajibkan menutup aurat, selain mengenakan polisi ‘tiada alkohol’ dan menyediakan makanan halal serta membaca doa sebelum berlepas.

Rayani Air Kembali Beroperasi 

Selepas operasinya digantung pada tahun 2016, RayaniAir dikhabarkan bakal kembali operasi pada tahun 2020. Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, Ravi Alagendran Abdullah menerusi laman Facebook nya. Menurut Ravi, Rayani Air bukan sahaja akan kembali, malah akan turut dikenali dengan wajah baharu. Tambahnya lagi, syarikat penerbangan itu masih menggunakan konsep patuh syariah.

IKLAN

Sebelum ini, syarikat tersebut memiliki 355 kakitangan melibatkan lapan juruterbang dan 50 anak kapal menggunakan dua pesawat Boeing 737-400 serta menyediakan perkhidmatan penerbangan secara domestik di lima lokasi membabitkan Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Bagaimanapun pada 9 April 2016, operasi Rayani Air telah digantung berkuat kuasa serta-merta diikuti pada Jun tahun yang sama, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Operator Udara (AOC) RayaniAir kerana didapati melanggar syarat-syarat ASL dan kurang keupayaan daripada segi kewangan serta pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry