Setelah lama dinanti-nantikan, akhirnya pengunjung dapat merasai pengalaman terbaru yang terdapat di Pulau Langkawi iaitu Splash Out Langkawi, taman tema air yang pertama di sini.

Pembukaan taman tema air yang terletak di pekan Kuah ini sekaligus menambah satu tarikan yang lain untuk pengunjung dalam dan luar negara ke Pulau Langkawi.

Yang pastinya, Splash Out Langkawi menjanjikan keseronokkan seisi keluarga dan teman-teman, malah taman tema air ini pilihan terbaik untuk anda beriadah bersama orang tersayang.

Dibuka Pada 15 Disember 2019

Taman tema dengan keluasan 12 ekar ini kini telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai bermula 15 Disember 2019 yang lalu. Splash Out Langkawi menawarkan pengalaman aktiviti air yang paling bermakna buat warga Langkawi dan juga pengunjung yang datang.

Taman tema dengan senibina klasik di persisiran pantai ini sangat strategik dan berhampiran dengan jeti Langkawi. Jika anda daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, jarak untuk anda ke Splash Out ini kira kira 16.4 kilometer sahaja.

IKLAN

Tidak keterlaluan jika taman tema air ini disebut bakal menjadi tumpuan orang ramai di Langkawi, dan menjadi tarikan pelancongan utama di Langkawi yang bakal dinikmati ratusan ribu keluarga di seluruh Malaysia.

Berada di pulau yang begitu tenang dan permandangan indah di Langkawi, Splash Out direka sebagai kota yang ajaib dan fantastik, diilhamkan oleh pelaut yang meneroka tujuh lautan.

12 Gelongsor Air Yang Menyeronokkan

Dengan menyediakan 12 gelongsor air yang menyeronokkan, pengunjung seolah-olah berada dalam sebuah pengembaraan di lautan gelora. Antaranya seperti, Ragin’Racers, Splash-Tacular, Shipwreck Falls, Splash Twister, Poseidon’s Revenge, Perfect Storm, Big Splash Kingdom, Wild Water, Rainbow Rider, Splash-Python, Sprinkle Island dan River of Life.

Bukan gelongsor sahaja yang mampu buatkan anda teruja! Rasai pengalaman yang luar biasa hebat dengan mencuba permainan air,  Perfect Storm, corong parabola 40 darjah dengan kesan putaran kaleidoskop sebelum turun ke aras tanah.

Perfect Storm

Atau kalau tak cukup puas lagi, anda boleh mencuba tarikan lain iaitu Ragin ‘Racers, slaid air dengan kelajuan 50km/ jam. Manakala Splash-Tacular pula sebuah slaid air yang mampu menjadi pengalaman yang tak boleh dilupakan, kerana ia dipercepatkan oleh jet hidro dan jatuh ke dalam lohong gelap dengan kesan visual yang menarik.

Tambahkan lagi keterujaan anda dengan mencuba Shipwreck Falls, sebuah kapal karam di mana anda akan merasai terjunan curam, sebelum diterbalikkan

Jangan lupa untuk mencuba tarikan Poseidon’s Revenge, semasa anda meluncur pada kelajuan tinggi yang dipercepatkan oleh sebuah jet hydro menaik yang akhirnya terjun ke dalam lubang hitam dengan kesan visual unik.

IKLAN

Berenang Di Wild Water Dan River Of Life

Selepas mencuba permainan-permainan air yang mendebarkan ini, anda boleh berenang di kolam gelombang, Wild Water dengan kedalaman 6 kaki atau boleh menuju ke River of Life, sungai buatan dengan perjalanan yang lebih selamat dan sesuai untuk seisi keluarga.

Di sini anda boleh menikmati percikan air berterusan menyusuri sungai sepanjang 330 meter bersama pelampung besar dan simbahan air dengan muatan 250 liter di Big Splash Kingdom menanti anda.

Sprinkle Island Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Kanak-kanak pasti seronok dengan permainan air interaktif di Sprinkle Island, di mana di sini lebih selesa dan selamat untuk mereka di usia kecil.

Tempat Makan & Minum Dengan Harga Berpatutan

Dan yang paling mustahak, taman tema air ini juga mempunyai beberapa buah restoran untuk menjamu selera antaranya East India Coffee & Tea Company dan Bass Harbour Outpost serta kedai runcit dengan harga yang berpatutan.

Mesra Keluarga

Splash Out adalah taman air mesra keluarga dengan kemudahan dan perkhidmatan seperti stroller, peti kuci, bilik pertolongan cemas, bilik salin pakaian, bilik menyusu dan surau.

Untuk penginapan hotel, hanya menuju ke Bella Vista Waterfront Langkawi yang menyediakan sebanyak 275 bilik buat tetamu. Ia terletak bersebelahan dengan Splash Out. Untuk bilik keluarga mereka menawarkan Pakej Splashcation pada harga RM649 untuk 2 Hari/ 1 Malam  termasuk sarapan bufet dan tiket masuk untuk 2 orang dewasa
dan 2 kanak-kanak.

Splash Out Langkawi juga mengalu-alukan untuk menjadi hos kepada acara korporat, team building, rombongan sekolah.

Bayaran Masuk Serendah RM40

Dibuka pada hari kerja, Isnin hingga Khamis dari pukul 10 pagi hingga 6 petang, dan pada hujung minggu, hari cuti umum dan cuti sekolah dari pukul 10 pagi hingga 7 malam. Tiket kemasukan berharga RM75 (Dewasa), RM55 (Kanak-kanak) dan RM40 (Warga Emas)

Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman web Splash Out Langkawi
www.splashoutlangkawi.com, laman Facebook: www.facebook.com/Splashout atau dengan menghubungi di talian 04 9611 520.

Splash Out pastinya wajib dikunjungi yang pastinya anda bakal merasai keseronokan tanpa batasan!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry