Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Dihantui Roh Anjing Hitam, Intip Istana Berhantu Lokasi Penggambaran ‘The Witcher’

by Phic ARMAN
January 9, 2020
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada penghujung tahun lalu Netflix telah mengeluarkan siri filem fantasi terbarunya, The Witcher pada hari Jumaat, 20 Disember 2019. Filem ini, yang disesuaikan dengan novel fantasi terlaris di dunia oleh Andrzej Sapkowski, menceritakan kisah Geralt dari Rivia, seorang pembunuh upahan yang berjuang untuk mencari diri sejatinya.

Bukan kerana jalan cerita saja yang menarik tetapi lokasi penangkapan The Witcher juga sebenarnya mencuri perhatian penonton. Mengambil sebahagian besar lokasi di Eropah, ternyata terdapat satu lokasi filem The Witcher yang menjadi buruan para pelancong.

Ia adalah istana berhantu di Poland. Dilaporkan oleh Mirror, istana bernama Ogrodzieniec dibina pada abad ke-14 hingga ke-15 oleh keluarga Włodkowie Sulimczycy.

Runtuhan istana pada pertengahan abad ke-14 menjadi tempat penggambaran dalam adegan antara Vilgefortz (Mahesh Jadu) dari Roggeveen dan Triss Merigold (Anna Shaffer).

Ramai peminat telah membuat spekulasi bahawa istana ini digunakan sebagai tempat latihan untuk para penyihir. Spekulasi ini telah membuatkan ramai peminat rasa ingin tahu terhadap Istana Ogrodzieniec.

Jadi, anda nak tahu pasal sejarah istana berhantu ni?

Kredit Foto: Zamek

Kediaman keluarga Wlodkowie Sulimczycy

Pada awalnya, Istana ini menjadi kediaman keluarga Wlodkowie Sulimczycy sehingga 1810. Dalam sejarahnya, Istana Ogrodzieniec telah diubahsuai beberapa kali, kerana beberapa bangunannya telah rosak kerana dimamah usia.

Sejak keluarga ini meninggalkan Wlodkowie Sulimczycy, istana ini dibiarkan kosong. Namun bermula pada tahun 1973, Istana Ogrodzieniec boleh dikunjungi oleh pelancong.

Dihantui oleh semangat anjing hitam

Kerana ia dibiarkan kosong, difahamkan istana itu dihantui oleh roh/semangat anjing hitam besar yang dimiliki oleh pemilik istana bernama Stanisław Warszycki. Anjing ini dikatakan sering muncul di beberapa bahagian istana.

Walaupun dianggap berhantu, Istana Ogrodzieniec menawarkan lanskap berbukit eksotik. Malah, bukan hanya itu, pelancong juga boleh melihat secara langsung bahagian dalam istana yang indah itu.

Istana Ogrodzieniec bukan satu-satunya destinasi pelancongan di Eropah yang merupakan yang dijadikan lokasi penggambaran. Beberapa istana lain, seperti Istana Vajdahunyad di Budapest, juga menjadi lokasi untuk filem siri yang lain.

Bagi anda yang ingin melawat Istana Ogrodzieniec, istana ini terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar Krakow di Poland. Salah satu cara terbaik untuk sampai ke istana ialah memandu kenderaan sendiri ke sana. Kerana sepanjang jalan anda akan disajikan dengan pemandangan yang menakjubkan.

https://lomp.at/wtkuh
Share16Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem