Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Kubur Bekas Isteri Pelawak Popular, Sule Digali Semula

by Phic ARMAN
January 9, 2020
334
KONGSIAN
Share on Facebook

Pasukan forensik dan penyelidik dari Bandung Polrestabes diarahkan untuk menggali semula kubur bekas isteri pelawak popular di Indonesia, Sule, Lina Jubaedah.

Seperti yang dilaporkan oleh Dream.co.id, Sule menyatakan rasa hairannya dengan penyakit kronik yang menyebabkan bekas isterinya meninggal dunia. Selama mengenali bekas isterinya, Sule merasakan bahawa arwah tidak mempunyai penyakit yang serius.

Menurut Sule, selama menjadi isterinya, Lina tidak pernah memiliki riwayat penyakit serius. Malahan, mendiang merupakan seorang wanita yang jarang sakit.

Anak Lelaki Buat Laporan Polis

Kubur arwah akan digali semula setelah pihak polis menerima laporan dari anak lelaki Lina dan juga seorang penyanyi Rizky Febian, pada hari Isnin lalu (1/6/2020).

Rizky membuat laporan kepada pihak polis kerana dia juga merasakan ada sesuatu yang aneh tentang kematian ibunya.

Bukan sahaja menggali kubur, polis akan menjalankan proses autopsi pada tubuh mendiang.

“Nanti hasil siasatan dari pasukan forensik akan dianalisis penyebab kematian si mati,” kata Ketua Bidang Hubungan Masyarakat Polda Jabar Kombes S Erlangga.

Walaubagaimanapun, proses penggalian semula kubur itu terpaksa ditunda kerana hujan di mana pada awalnya ia dijadualkan bermula pukul 8 pagi (Waktu Indonesia Barat). Di tempat kejadian, terlihat khemah merah dipasang dan keluarga mendiang juga nampak menunggu proses penggalian kubur sambil menangis.

Suami Lina, Teddy Dituduh Amalkan Imu Hitam

Dipetik dari Suara.com, ada tuduhan yang mendakwa suami terkini Lina yang dikenali sebagai Teddy mempunyai sihir hitam. Tuduhan ini ditolak dengan serta-merta.

“Saya tidak tahu bagaimana sihir hitam, sihir putih dan sebagainyaa,” kata Teddy, Rabu (1/8)

Keputusan Autopsi akan diketahui dalam 2 minggu

Selepas proses  penggalian kubur selesai, mayat Almarhumah Lina segera dibawa ke Hospital Hasan Sadikin untuk bedah siasat. Pesuruhjaya Saptono menjelaskan, proses penggalian dapat berlangsung sehari, dan pemeriksaan makmal mengambil masa dua minggu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/3v7to
Share149Tweet77SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem