Semalam telah berlangsung peringkat akhir Mister Tourism World 2019 yang menghimpunkan jejaka-jejaka dari setiap negara bersaing bagi merebut gelaran Mister Tourism World bagi edisi kali ini.

Danial Hansen Menang Mister Tourism World 2019

Tidak terkecuali wakil dari Malaysia, Danial Hansen telah terbang ke Malta bersama-sama dengan 17 lagi peserta seluruh dunia sejak minggu lalu.

IKLAN

Pada malam kemuncak, Danial telah mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai Mister Tourism World 2019 sekaligus mencatat sejarah bagi Malaysia yang buat pertama kali memenangi pertandingan tersebut.

Menang Tiga Lagi Anugerah 

Bukan itu sahaja, Daniel turut menang besar dalam acara peringkat dunia itu apabila memenangi 3 lagi anugerah yang dipertandingkan menerusi tempat kedua ‘Charmingly Cultured Award’, ‘World Choice Award’ dan ‘Best Physique’.

Bagi tempat kedua telah disandang oleh wakil dari negara Puerto-Rico manakala Republik Dominican memenangi tempat ketiga. Netherland (Holland) serta Brazil masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Sebagai info, Danial atau nama sebenarnya Danial Hansen Idris,25 yang berasal dari Kuala Lumpur mempunyai darah kacukan Melayu dan Denmark disebelah bapa manakala ibunya pula ibu pula berketurunan Cina dari Sabah. Selain aktif dalam bidang peragaan dan iklan komersial, model ini juga aktif dan menggemari dunia kecergasan.Tahniah Danial!

Komen Anda