Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Saloma Link Bakal Dibuka! Ini 6 Yang Menarik Mengenainya

by Khai Azfar
January 14, 2020
85
KONGSIAN
Share on Facebook

Kampong Bharu merupakan permata bagi Kuala Lumpur sejak dahulu lagi. Malah ramai yang mahukan segala warisan disini dikekalkan apatah lagi merupakan satu-satunya ‘kampung’ popular di tengah-tengah bandaraya yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

6 Yang Menarik Mengenai Saloma Link 

Justeru itu, merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan di Kampong Bharu, sebuah tarikan telah dibangunkan. Bukan sahaja merupakan sebahagian sejarah penduduk disitu, malah ianya juga merupakan simbol kenangan buat Biduanita negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Sebuah jambatan pejalan kaki yang dinama Saloma Link akan dibuka pada penghujung bulan ini. Pembinaan jambatan tersebut yang mengambil masa kira-kira hampir dua tahun itu akan menghubungkan ibu negara dengan Kampong Bharu. Berikut kami tampikan 6 fakta menarik mengenainya.

Lokasi Saloma Link

Ikon pembangunan Kuala Lumpur ini mempunyai kepanjangan sehingga 370 meter termasuk 69 meter kepanjangan berbumbung yang mana akan menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran Stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang, tidak jauh daripada Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Inspirasi Sirih Junjung

Tertanya mengenai apakah inspirasi reka bentuk Saloma Link? Konsep seni binanya akan menyamai ‘Sirih Junjung’ dan akan merentasi Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

200 Orang Dalam Satu Masa

Mengenai kemampuan jambatan ini, Saloma Link mampu memuatkan 200 orang dalam satu masa. Mengenai adakah akan ada kawalan had pengunjung dalam satu masa, buat masa ini tiada sebarang info mengenainya.

‘Port Bergambar View’ KLCC

Sebelum ini, mungkin hanya beberapa lokasi sahaja yang mempunyai kelebihan untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan bangunan ikon negara KLCC. Kini dengan pembukaan Saloma Link, pelancong bukan sahajA boleh melihat KLCC tanpa sebarang halangan DAN sesuai untuk pelancong mengambil gambar malah jajaran laluannya menepati sudut terbaik untuk menampakkan bangunan ikon negara KLCC,”

Ketinggian Saloma Link

Dikhabarkan tarikan pelancong ini berketinggian bersamaan empat tingkat bangunan. Manakala laluan pejalan kaki selebar 4 kaki luasnya.

4,100 LED Lampu

Saloma link bakal dihiasi sistem pencahayaan canggih yang akan menonjolkan keunikan jambatan ini pada waktu malam, sama seperti Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia.

Mempunyai sebanyak 4,100 LED lampu, ianya bakal bercahaya mengikut tema termasuk tema musim perayaan.

Saloma Link
https://lomp.at/vq6aw
Share44Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem