‘Dia Ajak Saya Ke Bilik Hotel’-Jojo ‘One Nation Emcees’ Diuji Saat Mula Berhijrah

2.8K

Kisah penghijrahan ahli kumpulan One Nation Emcees, Jojo atau nama sebenarnya Nur Hasan bin Baias cukup memberi inspirasi kepada semua orang. Sebelum ini Jojo pernah berkongsi bagaimana hatinya dijentik untuk kembali solat selepas 20 tahun.

Jojo akui dari awal penglibatan dalam dunia seni dia mengakui sering membelakangkan soal agama.

Walaubagaimanapun, saat-saat mula berhijrah, dia tak terlepas dari ujian yang boleh menggugat imannya.  Murai.my tertarik dengan sebuah wawancara eksklusif di saluran Youtuber Zayan MY yang menjemput Jojo untuk berkongsi cerita di mana dia pernah diuji dengan godaan seorang wanita yang merupakan sahabatnya.

“Allah uji saya, pada mula-mula saya berhijrah, saya diajak oleh seorang wanita untuk ke bilik dalam sebuah hotel. Pada awalnya wanita itu berkata dia ada masalah. Jadi saya datanglah. Tapi bila masuk je bilik, saya dapati wanita itu hanya memakai T-shirt sahaja”

Jojo berkata, dia tidak menyangka, pada awalnya wanita itu mengajaknya ke bilik untuk menceritakan masalahnya namun sebaliknya berlaku.

IKLAN

“Pada masa itu, dia ajak saya berbuat sesuatu yang disentuh. Masa itulah saya diuji rasa macam berfikir sama ada saya mahu lakukan atau tidak”

“Tapi saya fikir dah hijrah, kalau saya buat ini, Allah akan murka. Jadi saya terus ke tandas ambil Wudhuk dan buat solat Tahajjud”- ceritanya.

“Wanita itu terus terkejut, dia ambil selimut dan menutupkan dirinya dan rasa malu. Alhamdulilah sekarang dia pun dah bertudung”.

Mudah-mudahan kisah hijrah Jojo ini dapat menjadi inspirasi kepada semua orang lagi-lagi anak muda. Temubual penuh Jojo ini boleh ditonton di saluran Youtube Zayan MY. Banyak lagi kandungan yang menarik di paparkan pada setiap video di laman Youtube Zayan MY. Tunggu apa lagi, jangan lupa Subscribe Youtube Zayan MY.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry