Bukan namanya Alicia Amin jika penampilannya tidak mengundang kontroversi dan perhatian dari orang ramai.
Ini kerana, pelakon dan model yang pernah mencetuskan kontroversi gara-gara gambar bogel itu memuatkan sebuah foto dirinya sendiri telanjang dada di Instagram.
Dalam foto tersebut, dia hanya menutup sebahagian payudaranya menggunakan jari jemari. Ternyata Sentuhan kreatif fotografi oleh jurukamera Biboaswan ini berjaya membuatkan penampilan Alicia lain daripada yang lain.
Dengan memilih tema ASSYMETRIC, foto Alicia ini menerapkan teknik refleksi tubuh di mana hasilnya subjek kelihatan seimbang.
Gara-gara gayanya yang berani itu, Alicia menerima banyak komen oleh pengikutnya di Instagram. Ada orang yang memberi pujian dengan mendakwa foto ini mempunyai makna tersirat. Foto ini turut mendapat pujian dari selebriti tanahair seperti, pengarah dan penerbit Puan Sri Tiara Jacquelina serta pelakon, Hanesya Hanee.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.