Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Reaksi Lee Chong Wei Saat Jadi Atlet Malaysia Pertama Diabadikan di Madame Tussauds

by Phic ARMAN
January 15, 2020
64
KONGSIAN
Share on Facebook

Madame Tussauds Hong Kong mengumumkan bakal mempamerkan patung lilin jaguh badminton tanah air Datuk Lee Chong Wei, sekaligus menjadikannya atlet Malaysia pertama yang diabadikan di muzium lilin itu.

Selain pernah menduduki tangga pertama di peringkat dunia selama 349 minggu, beliau turut dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik Tokyo 2020.

Di samping itu, beliau telah menyumbang sekitar RM2 juta kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) menerusi Yayasan Lee Chong Wei.

Berharap patung lilin saya akan memberi inspirasi

Sepanjang sesi pengukuran badan selama 6 jam, Chong Wei bukan sekadar memberikan kerjasama penuh bagi memenuhi pelbagai piawaian pengukuran, malah membuat aksi lawak dengan alat pengukuran kakitangan di situ, sehinggakan mereka ketawa tidak terhenti-henti.

Apabila ditanya bahagian mana yang paling disukainya, jawapnya,

“Saya amat kagum dengan warna rambut dan mata patung lilin saya yang seakan-akan warna sebenar saya! Saya sangat bersyukur dan berbesar hati kerana diberikan peluang untuk mewakili Malaysia, dan berharap patung lilin saya akan memberi inspirasi kepada lebih ramai warga Malaysia untuk menonjolkan kehebatan negara tercinta kita di persada dunia.”

Selepas Michelle Yeoh Kini Giliran Lee Chong Wei

Ketua Bahagian Pemasaran, Madame Tussauds Hong Kong, BoBo Yu turut berkongsi keterujaannya.

“Malaysia adalah antara pasaran terpenting bagi kami. Selepas mempamerkan patung lilin Michelle Yeoh beberapa tahun lepas, kini tiba pula giliran Lee Chong Wei sebagai warga Malaysia kedua yang diabadikan di muzium lilin kami. Kami sangat berbesar hati dengan penyertaan atlet tersohor ini, dan berharap ia akan menarik peminat sukan dari Malaysia dan seluruh dunia untuk mengalami kehebatan sukan badminton.”

Patung lilin Lee Chong Wei akan dipamerkan pada suku kedua tahun 2020. Tunggu maklumat lanjut kami dan jangan ke mana-mana!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
lee chong weiMadame Tussauds
https://lomp.at/j8yhv
Share35Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem