Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

4 Kesilapan Besar Jika Bercuti Ke Bali Yang Boleh Buatkan Anda Jatuh Miskin

by Phic ARMAN
January 17, 2020
Foto: Hanging Gardens Of Bali

Foto: Hanging Gardens Of Bali

697
KONGSIAN
Share on Facebook

Sedar atau tidak, Bali sememangnya menjadi lokasi percutian kegemaran rakyat Malaysia. Kalau ke Bali, duit boleh keluar mengalir macam tu jer, kadang-kadang boleh jadi membazir. Tiket penerbangan ke Bali pun susah nak turun harga, selalunya memang mahal.

Kami pernah dengar, ramai yang berhabisan ribuan ringgit di Bali tak sampai seminggu, sedangkan anda boleh lebih banyak berjimat. Sekiranya anda merasakan ini semasa bercuti ke Bali, anda mungkin membuat beberapa kesilapan di bawah.

Bercuti Masa high season

Foto: The Honey Combers

Percutian ke Bali pada musim High Season memang tidak disyorkan. High Season yang dimaksudkan ialah apabila cuti sekolah, cuti percutian, atau tahun baru.

Tiket penerbangan ke sana untuk seorang boleh mencapai lebih RM1,000 untuk perjalanan pergi balik pada musim ini, itupun dengan penerbangan tambang murah. Belum lagi, harga penginapan ya!

Sebelum tahun baru 2020, hampir semua penginapan di Seminyak dan kawasan Legian penuh. Di samping itu, teksi motosikal dan teksi dalam talian turut mematikan aplikasi itu dan memilih untuk mencari penumpang secara langsung di jalan raya.

Harga yang mereka tawarkan kepada pengunjung juga sangat tinggi. Bayangkan, kadar ‘ojek’ atau teksi motosikal dari Legian ke Kuta pada 31 Disember 2019 boleh mencapai RM30. Alasan mereka mengenakan tarif yang tinggi adalah kerana banyak jalan utama telah ditutup.

Tak Memilih Sewa Kereta & Pemandu

Foto: rollingalongwithkids.com

Terlalu bergantung kepada pengangkutan awam atau dalam talian di Bali tidak bijak. Lebih baik jika anda menyewa kereta bersama dengan pemandunya  jika anda datang ke Bali beramai-ramai.

Jika datang berdua atau berseorangan, lebih baik sewa motosikal saje. Sebab kesesakan lalu lintas di Bali pun agak teruk.

[VIDEO] Tetap Cantik! Pengantin Wanita Berkumis Curi Perhatian Ramai

Kenapa tidak digalakkan menggunakan pengangkutan awam atau dalam talian?

Sesetengah kawasan di Bali tidak membenarkan teksi dalam talian atau teksi motosikal beroperasi, ini disebabkan oleh peraturan penduduk tempatan. Sementara itu, jika menggunakan teksi tempatan, kos boleh jadisangat mahal.

Jika anda memilih sewa kereta bersama pemandunya, biasanya anda akan dikenakan bayaran dalam lingkungan RM150 selama 10 jam.

Memilih Tempat Penginapan

Foto: Hanging Gardens Of Bali

Menggunakan aplikasi seperti Airbnb nampaknya lebih bijak apabila anda mencari penginapan di Bali. Nak tahu sebab apa? Oleh kerana harga homestay pastinya lebih murah daripada hotel.

Cuma bezanya kalau anda menginap di hotel, lokasinya akan strategik dan mereka juga menyediakan sarapan pagi.

Tetapi jika anda melancong solo atau hanya bersendirian, homestay kelihatan lebih sesuai. Banyak homestay di Bali mempunyai kadar sewa yang rendah dan kalau anda bijak memilih, mungkin boleh dapat villa dengan kolam renang peribadi dengan harga yang murah.

Makanan

Selain sering menjamu selera di Hotel hampir setiap hari. Apa kata anda mencuba di warung nasi campur atau restoran padang setempat.

Mahu lebih jimat lagi? Beli roti atau oat ditambah bijirin dan makan di penginapan untuk pagi dan petang.

Itulah 4 kesilapan yang membuat anda melakukan pembaziran besar bercuti ke Bali. Apa yang anda harus pertimbangkan adalah pilih waktu bercuti yang bersesuaian,  soal pengangkutan harian,  menginap di homestay dan pilih restoran yang menyediakan masakan tempatan. Pasti akan lebih jimat!

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
Bajet BalibaliIndonesiaMakanan Halal BaliTips BaliTips Murah Bali
https://lomp.at/xstnz
Share290Tweet170SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem