Bagaikan pinang dibelah dua! Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan buat selebriti verstail, Elly Mazlein,40 yang selamat bergelar isteri kepada seorang guru,Mohamad Azlan, 30.

Sekali Lafaz 

Selepas selama setahun bercinta dan turut menyembunyikan wajah jejaka yang berjaya memiliki hati empunya nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Bt Syed Hanafi ini, menerusi malam berinai akhirnya Elly mendedahkan wajah Azlan.

IKLAN

Keesokan harinya, pelakon Kampung People ini telah sah bergelar isteri kepada Azlan dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikad sekitar jam 9.00 malam di PWTC, Kuala Lumpur.

Turut berlangsung di tempat yang sama adalah majlis resepsi pasangan ini yang diadakan dalam majlis yang cukup meriah.

Wedding Of The Year 

View this post on Instagram

Majlis Resepsi @iamellymazlein

A post shared by Mad About Cake (1183156-W) (@madaboutcake_official) on

Selain kek perkahwinan yang cukup unik, majlis resepsi diserikan lagi dengan kehadiran rakan-rakan artis merangkap pengapit-pengapitnya yang terdiri daripada Nad Zainal, Jasmine Ashraff, Fasha Sandha, Azza Elite, Intan Sarafina, Linda Beego, Rita Rudaini dan Farahdhiya.

Manakala penyanyi Akim Ahmad, Nizam Laksamana, Gmie Screen, Aris Ariwatan serta Intan Sarafina sendiri telah sudi menghiburkan para tetamu di dalam majlis resepsi Elly yang digelar oleh rata-rata peminat sebagai ‘Wedding Of The Year’. Sejak mendedahkan wajah Azlan, rata-rata peminat memuji kekacakan Azlan serta mengharapkan agar pasangan ini kekal sehingga ke akhir hayat.

IKLAN

Sebagai info, Pengantin perempuan menerima mas kahwin berbentuk seutas gelang tangan emas bernilai RM1,800 menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima, dengan kesemuanya adalah barangan kemas dari pihak lelaki.

Elly dan Azlan mula berkenalan sekitar tahun 2018 dan mengikat tali pertunangan pada 17 Disember yang lalu. Terdahulu, Elly Mazlein pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, namun bercerai pada 15 Oktober 2015.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda