• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Lancar Go Eat, Fikry Ibrahim Nekad Bantu Golongan Muda & Ibu Tunggal

by Khai Azfar
January 20, 2020
Share on Facebook

Tidak menunggu masa yang panjang untuk melebarkan sayap dalam bidang perniagaan, pelakon Fikry Ibrahim kini telah melancarkan sebuah aplikasi penghantaran makanan dan platform masakan dari rumah pertama, Go Eat dalam sebuah majlis pelancaran pada malam Sabtu di Damansara.

Mahu Bantu Golongan Muda Dan Ibu Tunggal 

Menurut Fikry yang juga pengasas bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman mengharapkan agar aplikasi itu mencapai matlamat dan berjaya. Malah pelakon yang berusia 26 tahun ini meletakkan sasaran untuk membantu golongan muda terutamanya golongan ibu tunggal untuk menjana pendapatan sampingan.

Dedah Fikry lagi dia ingin menyediakan perkhidmatan ini kerana melihat usahawan yang menjalankan perniagaan dari rumah berpotensi besar untuk meluaskan lagi perniagan mereka.

“Saya berharap dengan pelancaran aplikasi ini bisnes terbaru yang diusahakan untuk membantu golongan muda serta ibu tunggal untuk menjana pendapatan lumayan setiap bulan mencapai sasaran. Saya terpanggil untuk menyediakan perkhidmatan ini selepas melihat ramai menjalankan perniagaan dari rumah belum berjaya meskipun menawarkan makanan yang sedap.

Jadi, saya sediakan platform ini berserta penghantaran untuk membantu mereka. Saya percaya ramai yang suka dengan masakan dari rumah kerana rasanya yang lazat. Saya harap inisiatif ini akan dipermudahkan dan berjaya,” katanya.

Letak Sasaran Tamatkan Zaman Bujang 

Dalam perkembangan lain, Fikry akui tidak terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat namun meletakan sasaran sebelum mencecah usia 30 tahun.

Malah dengan pelancaran Go Eat ini, dia ingin memfokuskan terhadap perniagaan yang diceburinya dan karier seni.Terdahulu, pelakon Kau Yang Pertama ini telah membuka sebuah kedai gunting rambut sekitar Ogos yang lalu di Setapak, Kuala Lumpur

Sebagai info, Go Eat telah mula dibangunkan pada pertengahan tahun 2019 dan merupakan aplikasi servis penghantaran makanan yang pertama dibangunkan oleh anak tempatan di Malaysia. Tampil dengan tema warna hitam dan kuning, aplikasi ini boleh dimuat naik menerusi platform PlayStore dan iOS AppStore bermula 18 Januari 2020.

fikry ibrahimGo Eat
https://lomp.at/mzku2
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
Teknologi

Nak Tukar ‘Font’ WhatsApp? Ini Cara Nak Buat Tulisan Jadi ‘Bold’, ‘Italic’ & Banyak Lagi

by Naddy Joe
November 10, 2020

Sebut sahaja WhatsApp, boleh dikatakan setiap orang memiliki aplikasi ini dalam smartphone mereka. WhatsApp memiliki banyak feature yang menjadikan pengalaman...

Read moreDetails
Teknologi

Hati-hati! Rupanya Ini 6 Cara ‘Kotor’ Hacker Untuk Hack WhatsApp Anda

by Phic ARMAN
November 12, 2020

Hampir setiap orang di dunia ini memiliki aplikasi WhatsApp (WA) di telefon pintar mereka.  Jadi tak mustahil la, WA sering...

Read moreDetails
Automotif

Wow! 5 Jenis Kereta Yang Memiliki Cukai Jalan Paling Mahal Di Malaysia

by Aphit J.
January 3, 2021

Cukai jalan ataupun road tax yang dikenakan kepada kenderaan dikira mengikut jenis kenderaan, kapasiti enjin kenderaan dan status pemilikan. Berikut...

Read moreDetails
Personaliti

Sedih! Ini Luahan Hati Bapa Steve Jobs, Abdulfattah Yang Tak Sempat Jumpa Anaknya

by Phic ARMAN
October 6, 2020

Steve Jobs, pengasas Apple, meninggal dunia pada 5 Oktober, sembilan tahun yang lalu. Tak ramai yang tahu tentang kisah peribadi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore