Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Saya Rasa Cukuplah Setakat Ini”- Rumah Tangga Fikry Ibrahim Bergolak?

by Nurul A.
April 17, 2026
Foto - @fikrylawaksolo (FB)

Foto - @fikrylawaksolo (FB)

427
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan mengatakan rumah tangganya kembali bergolak. Tampil menjawab dakwaan tersebut, Fikry menafikan dakwaan dan mengakui hubungannya dengan isteri, Siti Khazilah Alihan dalam keadaan baik.

Menurut Fikry, dakwaan tersebut muncul selepas dia dan isteri kurang berkongsi momen bersama di media sosial. Tegas pelakon itu, keputusan tersebut dibuat atas dasar menjaga privasi keluarga.

Foto – @fikrylawaksolo (FB)

“Dakwaan kononnya masih berantakan itu tidak benar dan saya anggap sekadar spekulasi. Saya percaya ia timbul kerana saya tidak berkongsi gambar. Saya dan isteri memilih untuk tidak berkongsi gambar. Lagipun bukan tiada langsung gambar kami bersama. Di Instagram, saya masih ada beberapa yang dikekalkan.”

Menjawab soal sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama, Fikry mendedahkan mereka menyambut secara berasingan pada tahun ini kerana komitmen keluarga. Jelas Fikry, dia memilih untuk menjaga ibunya dan membenarkan isterinya pulang beraya di kampung.

Foto – @fikrylawaksolo (FB)

“Isteri pulang ke Sarawak kerana giliran dia beraya di sana. Saya perlu menjaga ibu, tambahan pakcik saya kurang sihat akibat strok. Saya izinkan dia pulang, tetapi selepas itu kami tetap berjumpa. Malah sebelum raya kami sempat meluangkan masa bersama membeli baju raya.”

Fikry turut menegaskan bahawa dia kekal dengan prinsipnya dalam menjaga privasi keluarga. Akuinya, sejak sebelum berkahwin lagi dia memilih untuk tidak berkongsi kehidupan peribadi kepada umum.

Foto – @fikrylawaksolo (FB)

“Saya rasa cukuplah setakat ini. Sebelum berkahwin pun saya tidak berdepan isu seperti ini. Jadi saya akan kekalkan prinsip sama. Di media sosial, saya lebih banyak berkongsi mengenai ibu sahaja. Ahli keluarga lain jarang saya kongsikan kerana mahu menjaga privasi.”

Untuk rekod, Fikry Ibrahim dan Siti Khazilah Alihan mendirikan rumah tangga pada 12 Februari 2025 dalam sebuah majlis tertutup, yang hanya dihadiri oleh rakan rapat dan ahli keluarga.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
1
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fikry ibrahimisteri fikry ibrahim
Share171Tweet107SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Yobe Crafted x ALPHA
Spotlight

Beraksi Di Cawangan Tuah 1895 BBC, Peminat Teruja ALPHA Jadi Duta Pertama Yobe Crafted

by Nurul A.
September 4, 2026

Yobe (Yoghurt Beku) Malaysia, jenama yogurt sejuk beku dan pencuci mulut tempatan baru-baru ini melancarkan Yobe Crafted, cawangan berkonsep baharu...

Read moreDetails
Ultra Kalcer Malaysia 2026
Spotlight

Ultra Kalcer Malaysia 2026 Kumpulkan 19 Artis, Ada Hindia, Fugo, Naykilla Hingga Kris Dayanti!

by Nurul A.
September 19, 2026

Festival muzik, Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal menggabungkan sembilan belas penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia berkongsi pentas menggegarkan KL...

Read moreDetails
Anak Najib Razak
Spotlight

Anak Kongsi Luahan Najib Razak- “Daddy Tak Sangka Ramai Sanggup Sumbang”

by Nurul A.
September 24, 2026

Perkongsian anak perempuan bekas Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa baru-baru ini mengenai bapanya, Datuk Seri Najib Razak (DSN), telah mendapat...

Read moreDetails
Spotlight

5 Perkara Anda Dapat Dari NU FEST 2027, Bukan Sekadar Tengok Konsert!

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Anda jenis sanggup beratur panjang demi tengok artis kesayangan? apa kata tahun depan kita naikkan sedikit standard pengalaman berkonsert.  NU...

Read moreDetails
Surviving Beauty, Camelia TV3, Thailand
Spotlight

Dari Thailand Ke Malaysia, Slot Camelia TV3 Bawa “Surviving Beauty” Untuk Peminat

by Nurul A.
September 14, 2026

TV3 sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyajikan kandungan hiburan terunggul dan meluas buat rakyat Malaysia menerusi pelancaran slot drama terbaharu,...

Read moreDetails
Meerqeen Dukung Hannah Delisha
Spotlight

“Boleh Ke Pegang Macam Tu?”- Meerqeen Jelas Isu Dukung Hannah Delisha

by Nurul A.
September 23, 2026

Nampaknya drama bersiri "The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)" telah berjaya meraih perhatian ramai selepas tularnya sebahagian adegan yang memaparkan...

Read moreDetails
wanita hari ini, whi
Spotlight

Wajah Baharu, Lebih Segar & Padat- Wanita Hari Ini Inspirasi Tanpa Sempadan

by Nurul A.
September 11, 2026

Program bual bicara wanita popular TV3, Wanita Hari Ini (WHI) bakal tampil dengan wajah baharu menerusi pendekatan yang lebih segar...

Read moreDetails
Khairul Aming Rembayung
Spotlight

“Cik Buat Dua Separate Booking”- Khairul Aming Ulas Isu Gabung Meja Rembayung

by Nurul A.
October 21, 2026

Nama usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA, terus menjadi bualan. Dan kali ini disebabkan oleh seorang...

Read moreDetails
Spotlight

“Dulu Ada Yang Sinis Ketawa”- Anas Zahrin Kini No. 1 Di TikTok Shop Malaysia

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Bukan mudah membina jenama sendiri sehingga dikenali ramai, apatah lagi dalam industri kosmetik yang penuh persaingan. Namun, bagi usahawan dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara