Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Tiada Lagi Gelaran ‘Yang Mulia’, Putera Harry Mahu Kembalikan Wang Rakyat

by Phic ARMAN
January 20, 2020
74
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada 18 Januari yang lalu, Ratu Elizabeth II telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung gugurnya gelaran yang dimiliki oleh Putera Harry dan Meghan Markle, selepas mereka mengumumkan untuk memilih meninggalkan keahlian senior keluarga Diraja British.

View this post on Instagram

A post shared by The Duke and Duchess of Sussex (@sussexroyal)

Melepaskan Gelaran ‘Yang Mulia’

Dalam pengumuman tersebut, Ratu menyatakan bahawa dia merestui keputusan Harry dan Meghan yang ingin meneruskan kehidupan mereka secara bebas dan terpisah dari keluarga diraja. Tetapi sebagai akibatnya, Harry dan Meghan terpaksa melepaskan gelaran HRH (His/Her Royal Highness) atau Yang Mulia.

Tidak hanya itu, Harry dan Meghan difahamkan juga menarik diri dari tugas kerajaan sepenuhnya, termasuk yang berkaitan dengan kegiatan ketenteraan.

Dana Dihentikan

Malah, pembiayaan atau dana daripada wang orang awam untuk kedua-dua mereka telah dihentikan, yang bermaksud mereka tidak lagi mendapat manfaat dari Sovereign Grant, iaitu elaun daripada cukai rakyat.

Putera Harry Diarah Kembalikan Wang Rakyat

Disebabkan dia tidak  lagi menyandang gelaran HRH dan tidak berhak mendapat elaun, rupanya Putera Harry dan Meghan berjanji untuk mengembalikan kos renovasi rumah mereka, Frogmore Cottage. Diketahui, pengubahsuaian ini mencecah 2.4 juta pound sterling, atau sekitar RM 8 Juta, hasil dari cukai rakyat Britain.

“Duke dan Duchess of Sussex berharap akan mengembalikan elaun Sovereign Grant (digunakan) untuk kos pengubahsuaian Frogmore Cottage, yang merupakan kediaman mereka di England,” kata kenyataan yang dipetik dari Marie Claire.

Adalah diketahui, kediaman Harry dan Meghan itu sendiri adalah salah satu kediaman mewah yang diberikan oleh Queen Elizabeth sebagai hadiah perkahwinan. Putera Harry dan Meghan juga dikecam pabila mereka memutuskan untuk mengubah suai rumah itu dan membelanjakan wang rakyat.

Sementara itu, gugurnya gelaran diraja akan berkuat kuasa pada musim bunga tahun 2020, atau sekitar Mac-April tahun ini. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan, walaupun kehilangan gelaran diraja, Putera Harry dan Meghan Markle masih akan dikenali sebagai Duke dan Duchess of Sussex. Harry juga masih menduduki tangga keenam sejajar dengan takhta kerajaan British.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/mqr9o
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem