Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

“Saya Lambakkan Duit Tu Dekat Arwah Mak”- Dato’ Jamal Abdillah Imbau Kisah Lama

by Phic ARMAN
January 21, 2020
456
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin ramai generasi sekarang tidak tahu,  Dato’ Jamal Abdillah mula dikenali dalam arena seni selepas bakatnya dipersembahkan keseluruh rakyat Malaysia menerusi penyertaannya dalam pertandingan nyanyian nombor satu negara, Bintang RTM tahun 1979.

Persembahan beliau dengan lagu hits Kumpulan Alleycats berjudul “Senandung Semalam” begitu memukau hingga kembali mempopularkan lagu tersebut.

Penyanyi bersuara emas dengan gelaran Raja Pop Malaysia ini telau mengimbau kembali kisah lama saat-saat dia mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian.

Terima kasih kepada DJ Nazz, kerana berjaya membongkar kisah silam Jamal dalam program bual bicaranya dalam Begitu Begini Dj Nazz di Youtube Gegar. 

Mendapat Tentangan Dari Bapa

Menurut Jamal, pada awalnya saat dia menyertai bintang RTM, dia telah mendapat tentangan dari bapanya, Haji Mohd Ali yang merupakan seorang Qari.

Walaubagaimanapun selepas melihat usahanya bersungguh-sungguh untuk bergelar juara, akhirnya bapanya terus memberi sokongan.

Foto: RTM

“Masa tu dia dah nampak banyak kali saya dah menang, dan dia bagi sokongan lah! Dia tak sangka saya sampai ke peringkat akhir, dengan usaha saya ni, dengan duit yang dia bagi, dia tak tahu masa tu saya wakil negeri Perak dan pergi ke peringkat utara.”- katanya kepada DJ Nazz

Jamal berkata, bapanya turut hadir semasa dia membuat persembahan di pentas final, sekaligus menyandang gelaran juara dengan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM 5 Ribu.

“Dan kemudian saya masuk peringkat suku akhir, separuh akhir dan sampai final. Dan masa final tu dia datang menyaksikan persembahan saya”

“Dialah yang menjerit dulu saat keputusan diumumkan. Suara dia menjerit dalam auditorium tu, suara dia yang saya dengar. Maknanya dia boleh terima lah!”

“Saya Lambakkan Wang Tu Depan Mak”

Bila ditanya apa yang Jamal belanjakan dengan wang kemenangan tersebut, ini jawapannya;

“Rasanya sekarang ni dalam nilai RM50 ribu lah. Saya balik bawa trofi ke kampung saya di Teluk Intan, duit tu saya lambak dekat arwah mak saya. Saya lambak depan dia.

“Dia macam tak percayalah, bagi duit tu semua”

Jamal berkata, pada saat itu dia tidak berkira sangat mengenai wang kemenangan tersebut, yang penting dia sudah capai apa yang diimpikan.

[VIDEO] Telatah Anak Jamal Abdillah Berkubang Cuit Hati Netizen- "Aku Suka Yang Tepuk Tu"

Temubual penuh Naqiu dan DJ Nazz boleh ditonton di Begitu Begini Dj Nazz di Youtube Gegar yang kini sudah mencapai 193 ribu tontonan. Banyak lagi kandungan yang menarik di paparkan pada setiap video di laman Youtube Gegar. Tunggu apa lagi, jangan lupa Subscribe Youtube Gegar. 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Bintang RTM 1979jamal abdillahKisah Lama Jamal Abdilllahraja pop malaysia
https://lomp.at/vjcx8
Share201Tweet106SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem