Tuesday, July 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Ini Ramalan Nasib Anda Di Tahun Tikus 2020: Cinta, Kewangan, Kesihatan dan Fengshui

by Phic ARMAN
January 23, 2020
1.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Sempena Tahun Baru Cina 2020, kami telah menjemput pakar astrologi dan ratu tarot Malaysia, Sarah May Low untuk memberikan beberapa tips dan petua tentang bagaimana untuk menjalani kehidupan yang hebat pada tahun ini!

2020 adalah Tahun Tikus dan ia bermula pada hari Sabtu, 25 Januari, 2020.

Tikus

[Lahir pada tahun 1912, 1924, 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008 dan 2020]

Mereka yang dilahirkan pada tahun tikus dikatakan mempunyai naluri yang kuat, pemikiran yang tajam dan merupakan seorang yang bersikap berhati-hati. Mereka boleh bertindak balas dengan baik dalam semua keadaan, mempunyai otak yang berfikiran futuristik, popular di kalangan rakan-rakan, dan boleh menyesuaikan diri dalam apa-apa situasi dengan senang.

Kekuatan mereka termasuklah bijak, positif, fleksibel, dan ceria. Tetapi, kelemahan mereka termasuk bersikap pemalu, degil, suka memilih kawan, terburu-buru dan juga senang bosan. Pada tahun 2020, tikus akan mempunyai kekayaan yang cukup baik dalam hal kewangan dan dalam segi kerjaya mereka.

Mereka mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat kenaikan gaji, kenaikan pangkat ataupun lulus dalam ujian. Tetapi mereka haruslah berhati-hati dalam soal kesihatan mereka kerana sistem pernafasan mereka mungkin terjejas dan mungkin mengalami masalah jantung.

Dalam hal percintaan, mereka yang belum berpunya akan memulakan hubungan cinta yang baru tetapi mereka haruslah berusaha dengan keras untuk mengejar seseorang atau meminta bantuan daripada kawan-kawan untuk memperkenalkan “calon” yang baik.

Lembu

[Tahun Kelahiran adalah 1913, 1925, 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009, 2021]

Orang yang dilahirkan pada Tahun Lembu sentiasa dianggap sebagai seorang yang gigih, bersederhana dan jujur. Mereka adalah pemimpin yang berbakat dan juga rajin bekerja.

Mereka sentiasa berfikir sebelum bertindak, tidak mudah terjejas oleh persekitaran mereka tetapi kadang-kala mempunyai pemikiran yang konservatif, senyap dan degil.

Kekuatan mereka termasuklah bersikap jujur, rajin, sabar dan berhati-hati. Kelemahan mereka adalah keras kepala dan suka berlengah-lengah.

Menurut ramalan tahun 2020, tahun ini akan membawa kekayaan yang cukup baik dalam bab kewangan. Anda boleh mendapat banyak berita baik dari kerja dan pelaburan manakala pelajar akan mendapat nasib yang baik dalam ujian mereka.

Dalam soal perasaan, mereka mungkin akan bertemu dengan yang “calon” yang bagus pada majlis sosial dan akan memulakan hubungan cinta. Dari segi kesihatan, mereka mungkin mempunyai penyakit atau masalah yang kecil tetapi mereka tidak perlulah terlalu risau kerana dapat disembuhkan dengan senang.

Harimau

[Tahun Kelahiran 1914, 1926, 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998 dan 2010]

Orang yang dilahirkan pada Tahun Harimau adalah berani, mempunyai perwatakan yang kuat, dan suka bermegah kerana harimau mewakili simbol kekuasaan. Mereka mempunyai keperibadian yang jujur, oleh kerana itu, ia adalah mudah untuk mendapat kepercayaan orang lain. Kekuatan mereka termasuk suka bertolak ansur, setia, berani, amanah, pintar dan bijaksana.

Kelemahan mereka adalah kadang-kala akan menjadi sombong, cepat marah, terburu- buru dan akan berbohong untuk melindungi ego mereka. Pada tahun 2020, harimau akan mendapat peluang yang baik dalam karier mereka dan mungkin mendapat kenaikan pangkat dalam syarikat, dan mereka juga akan mendapat bantuan dari pihak ibu mereka.

Tetapi, mereka haruslah berjaga-jaga dalam hal percintaan kerana mereka mungkin mengalami beberapa masalah dalam kehidupan cinta mereka.

Arnab

[Tahun Kelahiran ialah 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999 dan 2011]

Arnab biasanya akan menarik perhatian orang lain dengan imej kelembutan, sensitif, dan juga sifat mereka yang romantis dalam hubungan cinta. Mereka juga sering menuntut taraf hidup yang tinggi dan juga berkualiti.

Mereka tidak suka konfrontasi, boleh menukar seorang musuh menjadi rakan, dan boleh bekerja ataupun selesai tugas mereka dengan laju dan cekap. Kekuatan mereka termasuklah bersikap pelembut, sensitif, penuh belas kasihan, ramah, dan bersederhana. Kelemahan mereka adalah sentiasa beragu-ragu, degil, malu dan konservatif.

Tahun 2020 adalah tahun yang sungguh memuaskan untuk mereka yang dilahirkan dalam tahun arnab. Mereka akan mempunyai nasib baik dalam cinta dan boleh mendapat promosi dalam hal kerjaya mereka. Tetapi mereka haruslah elakkan bercuti di pantai ataupun tasik kerana mereka tidak digalakkan terlalu dekat dengan air.

Mereka harus menjaga kesihatan diri untuk mencegah penyakit yang mungkin menjejaskan organ seperti hati dan hempedu.

Naga

[Tahun Kelahiran- 1916, 1928, 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000 dan 2012]

Naga adalah orang yang periang, intelektual, dan bersemangat. Mereka tidak suka gosip dan fitnah, sungguhpun mereka merupakan orang yang adil dan tegas tetapi kadang-kala boleh sombong dan tidak sabar.

Kekuatan mereka termasuk menjadi bersemangat, sensitif kepada perasaan orang lain, bercita-cita tinggi, romantis dan sentiasa menjadi inspirasi kepada orang lain. Kelemahan mereka adalah senang marah, tidak bertoleransi dan mempunyai idea yang eksentrik ataupun tidak realistik.

Nasib mereka pada tahun 2020 adalah sungguh optimistik. Mereka akan nampak kemajuan di tempat kerja terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan sendiri. Mereka cenderung untuk mencari rakan kongsi yang mempunyai perangai yang sabar dan bijak. Tahun ini, mereka haruslah mengubah tabiat makan mereka untuk menghalang isu pencernaan dan masalah perut.

Ular

[Tahun Kelahiran- 1917, 1929, 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001 dan 2013]

Ular dikenali sebagai seorang yang sensitif dan bersifat kelakar. Kebanyakkan mereka yang lahir dalam tahun ular mempunyai bakat dalam bidang sastera dan seni. Untuk golongan yang dilahirkan dalam tahun ular, ia tidak mudah bagi mereka untuk membuat keputusan dalam sesuatu situasi kerana mereka sering bersikap curiga dan ini membuatkan mereka sentiasa teragak-agak.

Kekuatan mereka adalah pelembut, sopan, bersimpati, bersemangat dan pintar Kelemahan mereka termasuklah cemburu, mencurigakan, licik, sering menukar keputusan dan tidak mengaku salah.

Pada tahun 2020, mereka akan mendapat beberapa peluang untuk beruntung sedikit wang, sementara di tempat kerja mereka mungkin terima tekanan dari atasan mereka.

Isu-isu yang berkaitan dengan wang juga boleh mengakibatkan ketidakharmonian antara mereka dengan rakan-rakan dan saudara-mara mereka. Pelaburan perniagaan harus dielakkan dalam tahun ini kerana mereka mungkin kehilangan banyak wang.

Kuda

[Tahun Kelahiran- 1918, 1930, 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002 dan 2014]

Mereka sentiasa membuatkan rakan mereka kagum dengan imej mereka yang dinamik, bersemangat dan murah hati. Walaupun dikurniakan banyak peminat dan penyokong tetapi mereka juga perlu mengatasi sesetengah kelemahan mereka.

Kekuatan mereka termasuk bersifat hangat, tegas, mudah dipahami, dan berdikari . Kelemahan mereka adalah suka belanja duit, terlalu jujur ​​dan kurang tekun.

Pada tahun 2020, kuda akan mempunyai peluang yang bagus untuk jatuh cinta dengan lelaki atau gadis impian mereka tetapi boleh menghadapi masalah dalam segi kerjaya mereka, hal kewangan dan kesihatan mereka.

Menjaga keseimbangan antara pendapatan dan perbelanjaan adalah penting pada tahun 2020, dan banyak latihan dan senaman fizikal diperlukan untuk meningkatkan kesihatan mereka.

Kambing

[Tahun Kelahiran  1919, 1931, 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015]

Orang yang dilahirkan di Tahun Kambing bersikap pelembut, sopan, pandai, dan baik hati dan mempunyai minat dalam bidang seni dan kecantikan, dan menyukai hidup yang tenang. Mereka adalah bijak, lembut dan penuh belas kasihan dan sering berhati-hati dalam hal perniagaan. Dalam kehidupan seharian pula, mereka sentiasa berusaha untuk menjadi seorang yang praktikal.

Kekuatan mereka adalah lemah lembut, bertimbang rasa, mempunyai keperibadian yang menarik, rajin, dan berjimat. Kelemahan mereka termasuk tidak ragu-ragu, pemalu, pesimis, murung dan lemah.

Dari segi kerjaya mereka pada tahun 2020, mereka akan mempunyai penyokong yang ramai dan disokong oleh orang yang berpengaruh dan dihormati. Mereka juga akan bernasib baik dalam hubungan cinta dan bertemu dengan teman sejiwa mereka.

Terdapat juga peluang yang baik untuk mereka yang sudah menemui teman sejiwa mereka untuk berkahwin pada tahun 2020.

Monyet

[Tahun Kelahiran- 1920, 1932, 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004 dan 2016]

Mereka yang dilahirkan pada tahun monyet sering dilihat sebagai seorang yang pintar, terutamanya apabila ia berkaitan dengan pekerjaan yang dipilih dan hal kewangan mereka.

Mereka adalh orang yang fleksibel, suka bertindak pantas dan serba boleh tetapi walaupun dilahirkan dengan kemahiran yang dicemburui, mereka mempunyai beberapa kelemahan, seperti sikap pemarah dan kecenderungan untuk merendahkan orang lain. Kekuatan mereka adalah mereka merupakan orang yang bersemangat, yakin diri, dan inovatif.

Kelemahan mereka termasuk cemburu, curiga dengan orang lain, licik, mementingkan diri sendiri dan sombong.

Pada tahun yang akan datang, monyet akan mempunyai peluang yang baik untuk dipromosikan dalam syarikat atau memperoleh gaji yang lebih baik tetapi harus mengurangkan perbelanjaan mereka dan mengurangkan membeli barangan yang mewah.

Dalam hubungan cinta, terutamanya lelaki yang dilahirkan dalam tahun monyet, mereka mempunyai potensi yang tinggi untuk menarik perhatian peminat melalui kumpulan sosial mereka.

Ayam

[Tahun Kelahiran- 1921, 1933, 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005 dan 2017]

Orang yang dilahirkan pada Tahun Ayam mengikut zodiak Cina adalah jujur, berkomunikatif dan bercita-cita tinggi. Walau bagaimanapun, mereka mungkin bersemangat mengenai sesuatu hanya untuk tempoh masa yang singkat dan menjadi bosan dengan mudah. Mereka haruslah mempunyai kesabaran untuk selesaikan tugas-tugas dan juga untuk mencapai cita-cita mereka.

Kekuatan mereka adalah mereka adalah orang pandai berdikari, berkeupayaan, dan berfikiran cepat.

Kelemahan mereka termasuk tidak sabar, kritikal, eksentrik, berfikiran sempit dan mementingkan diri sendiri.

Dalam tahun 2020, ramalan untuk mereka yang dilahirkan dalam tahun ayam adalah mereka haruslah pandai berjimat. Untuk tahun ini, pendapatan mereka mungkin tidak stabil dan akan bersaing dengan rakan sekerja untuk mendapatkan promosi dalam syarikat. Situasi ini mungkin membawa konflik di tempat kerja.

Dalam hal cinta, mereka akan mengenali ramai kawan baru dan mungkin memulakan hubungan romantis dengan mereka.

Anjing

[Tahun Kelahiran- 1922, 1934, 1946, 1958, 1970, 1982, 1994, 2006 dan 2018]

Mereka yang dilahirkan pada Tahun Anjing suka kebebasan mereka, ikhlas, setia dan tegas, dan tidak takut menghadapi kesukaran dalam kehidupan seharian mereka. Ciri-ciri ini sering menyebabkan mereka mempunyai hubungan yang harmoni.

Kekuatan mereka adalah mereka sentiasa berani, setia, bertanggungjawab, pandai, dan pemeriah. Kelemahan mereka termasuk sensitif, konservatif, degil dan beremosi.

Pada tahun 2020, mereka yang dilahirkan pada tahun anjing boleh memperolehi lebih banyak pendapatan daripada projek ataupun perniagaan sampingan tetapi harus mengambil peluang ini secara aktif.

Mereka juga mempunyai nasib dalam kategori cinta dan hubungan persahabatan mereka, tetapi mereka juga perlu mengambil inisiatif yang lebih kuat untuk mencapai matlamat mereka.

Khinzir

[Tahun Kelahiran] 1923, 1935, 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007 dan 2019.

Mereka yang dilahirkan dalam tahun khinzir adalah orang yang menjalankan tugas dengan penuh perhatian. Mereka juga adalah orang yang bertanggungjawab, optimis dan selalu menunjukkan kemurahan hati dan belas kasihan. Kadang-kala, mereka juga akan menanggung kesalahan orang lain.

Tetapi, mereka juga boleh menjadi malas dan kurang bermotivasi. Kekuatan mereka termasuk bersikap sopan, setia, jujur ​​dan lemah lembut. Kelemahan mereka adalah naif, mudah tertipu, lembap dan lemah.

Orang kelahiran tahun khinzir akan mengalami tekanan di tempat kerja pada tahun 2020 dan mungkin diuji oleh rakan-rakan dan juga atasan di tempat kerja. Mereka haruslah berhati-hati dengan orang-orang di sekelilingnya kerana tahun ini mereka akan menemui banyak watak-watak yang jahat.

Mereka akan menjadi sangat popular dan mempunyai ramai peminat tetapi jika mereka tidak mengendalikan hubungan mereka dengan betul, ia akan membawa kepada
perselisihan dengan pasangan mereka dan juga dalam kehidupan perkahwinan mereka.

https://lomp.at/hhrhz
Share463Tweet254SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Malaysia

Tuduh Malaysia Curi Budaya Sukan Pacu Jalur, Media Indonesia Membuat Cerita?

by Arsiqin Yusof
July 9, 2025

Baru-baru ini, isu sensitif melibatkan budaya serumpun kembali hangat apabila media Indonesia mendakwa Malaysia telah "mencuri" budaya sukan tradisional Pacu...

Read more
Malaysia

[VIDEO] “Nenek Cakap Aura Dia…” – Pelancong Asing Terpegun Lihat KLCC

KLCC atau Kuala Lumpur City Centre (KLCC) merupakan kawasan pembangunan ikonik yang menjadi simbol kemodenan dan kemajuan ibu negara Malaysia....

Read more
by Arsiqin Yusof
July 8, 2025
Malaysia

[VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Satu perkongsian video yang tular di Instagram telah mencuri perhatian ramai apabila seorang pelajar Indonesia berkongsi pengalamannya tentang perbezaan tahap...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 3, 2025
Budaya

Keluarga Pasang Tali Penghadang Sekitar Kubur Nurly Shahirah, Dikatakan Wujud Tindakan Khurafat!

Sudah hampir tiga minggu sejak kemalangan tragis meragut nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Shahirah Azman. Kehadiran Pengunjung...

Read more
by Aphit J.
June 29, 2025
Bisnes

[VIDEO] Selepas 10 Tahun, Siti Khadijah Perkenalkan Telekung Rekaan Baharu

Kami di MURAI berpeluang hadir ke pelancaran reka bentuk muka terbaharu dari jenama telekung terkenal, Siti Khadijah, yang berlangsung di...

Read more
by Phic ARMAN
June 24, 2025
Islamik

[VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Tindakan pendakwah bebas, PU Syed menegur secara terbuka sebuah lagu nyanyian penyanyi muda tempatan telah mencetuskan pelbagai reaksi di media...

Read more
by Arsiqin Yusof
June 18, 2025
Budaya

[VIDEO] Raya Haji: Model Jepun Tercengang Lihat Penyembelihan Korban, Tapi ‘Ending ‘Dia Buat Ramai Sebak

Seorang pempengaruh dari Jepun, @sora_fula, yang ada lebih 140,000 pengikut di TikTok, baru-baru ini jadi perhatian ramai selepas dia kongsikan...

Read more
by Phic ARMAN
June 6, 2025
Dunia

[VIDEO] Ramai Sangka Dari Qatar, Bangunan PNB 118 Rupanya Dah Mendunia!

Dalam era media sosial kini, sebuah video TikTok oleh pengguna @hannahrosfx telah mencetuskan kekeliruan apabila ramai menyangka bangunan ikonik Malaysia,...

Read more
by Arsiqin Yusof
June 4, 2025
Islamik

[VIDEO] “Kalau Dia Islam, Jatuh Kafir…” – UAI Tegur Suntingan Video AI Menganjing Islam, ‘Enjoy’ Di Neraka

Satu suntingan video menggunakan teknologi AI yang memaparkan watak-watak rekaan seolah-olah sedang ‘berada di Neraka’ sambil ‘bergurau’ mengenai azab akhirat...

Read more
by Arsiqin Yusof
June 4, 2025
Budaya

“Apa Yang Kau Nak Buktikan” – Individu Tampil Beri Teguran Pemakaian Ketat Penunggang Basikal ke Mekah

Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh akaun Instagram bernama “Rukun Islam 5” telah menarik perhatian ramai warganet. Tidak...

Read more
by Aphit J.
June 1, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  3. 3

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

  5. 5

    Dari Pramugari Sampai Ratu Cantik, 3 Mantan Isteri Amy Search Yang Ramai Tak Tahu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem