MURAI yakin ramai peminat The Weeknd tidak sabar menantikan tarikh 4 dan 5 November ini. Mana taknya, inilah satu-satunya peluang untuk mereka menyaksikan Abel Tesfaye secara langsung!
Namun, sebelum kamu sibuk mencari pakaian untuk konsert, ada satu lagi perkara yang perlu kamu ambil perhatian iaitu barang-barang yang boleh dibawa masuk ke dalam venue konsert.
Checklist Barang Boleh Dibawa Masuk Ke Konsert The Weeknd
Penting untuk kamu tahu, tak semua barang boleh dibawa masuk ke dalam venue. Berikut MURAI kongsikan beberapa barangan yang boleh dibawa masuk;
- Kad pengenalan, kad bank dan kad Touch ‘n Go: Pastikan baki kad Touch ‘n Go mencukupi jika kamu menaiki pengangkutan awam
- Powerbank dan kabel telefon (jika perlu): Kebiasaannya penganjur hanya membenarkan powerbank dengan kapasiti 20,000mAh, jadi untuk selamat bawa powerbank yang nipis dan kecil dengan kapasiti 10,000mAh sahaja.
- Kipas tangan mudah alih
- Penyumbat telinga: Untuk mencegah kerosakan pendengaran kekal dan tinnitus, pakai earplug berjenis high-fidelity atau akustik.
- Bag Baju hujan pakai buang dan beg telefon kalis air: Persediaan untuk menghadapi cuaca hujan.
- Tisu dan hand sanitiser: Membantu kamu kekal selesa sepanjang konsert, terutamanya ketika berada di kawasan yang sesak
- Wang tunai: Untuk kecemasan jika bayaran dalam talian atau kad tidak dapat dilakukan.
- Minyak angin: Boleh digunakan jika alami sakit kepala atau pitam, lebih-lebih lagi berada di kawasan sesak.
- Mini telekung: Pilih yang tidak bulky dan mudah untuk disimpan.
- Gula-gula atau bar snek: Untuk memberikan sedikit tenaga dan mengatasi rasa mulut kering
- Koolfever: Boleh diletakkan di belakang leher untuk elak daripada strok haba, dan juga di belakang telefon untuk elak overheat.
Untuk beg pula, MURAI sarankan beg bersaiz kecil dan praktikal seperti beg silang atau beg pinggang yang boleh memuatkan barangan penting.
Apa-apa pun, sebelum bertolak, pastikan kamu semak terlebih dahulu barangan yang dibenarkan dan dilarang bawa ke venue konsert. Have fun!











