Pada pertengahan tahun lalu, bekas isteri kepada chef selebriti Chef Fikree iaitu Syarifah Zuriehan Ben Yahya telah mendedahkan kisah curang bekas suaminya itu dengan seorang wanita berstatus isteri orang.

Nafkah Anak Terabai

Terbaru, Zuriehan menerusi laman Instagram nya sekali lagi membuat pendedahan yang mengejutkan yang mana Chef Fikree didakwa telah mengabaikan nafkah anak mereka,Jayden Malik, 3. Malah menurutnya, dia ditinggalkan ibarat sehelai sepinggang tanpa sebarang nafkah untuk mereka.

IKLAN

“Kadang tu terfikir juga… aku yang diceraikan ke engkau? Dahlah ditinggalkan sehelai sepinggang dengan anak kecil, lepas tu bulan puasa dengan hari raya terkontang kanting, kereta tak ada, rumah kena keluar.

“Sampai sekarang pun aku yang jaga anak seorang diri, makan minum semua sakit demam bagai,”

Skandal Bekas Suami Titip Pesanan 

Dedah Zuriehan lagi, dia turut memberitahu bahawa baru-baru ini skandal bekas suaminya itu menghubunginya selain memberitahu bahawa dia bertuah memiliki suami seperti Chef Fikree sebelum ini. Dalam sebuah perkongsian lagi menerusi laman Insta-story nya, kelihatan Zuriehan memeriksa suhu badan anak mereka dipercayai akibat demam.


Sebagai info, Zuriehan dan Chef Fikree telah berkahwin sekitar tahun 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jayden Malik. Pasangan ini disahkan bercerai dengan talak satu pada Mei 2019.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda