Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Inilah Senarai Bandar Di Asia Termurah Untuk ‘Backpackers’

by Phic ARMAN
January 24, 2020
2.7k
KONGSIAN
Share on Facebook

Dah nama pun backpacker, semestinya sangat sinonim dengan bajet perjalanan murah. Dari pengangkutan, penginapan, juga makanan, kebiasaannya bagai backpacker, mereka tidak memerlukan apa-apa yang mewah, apa yang penting, selamat samapai di sana dan selesa.

Baru-baru ini, sebuah kumpulan insurans yang berpangkalan di UK, Alpha Travel, mengeluarkan laporannya mengenai negara termurah untuk pelancong bajet seperti backpacker.

Dilaporkan oleh Lonely Planet, Alpha Travel menyusun senarai ini dengan mengumpulkan pelbagai maklumat dari pelbagai bandar di Asia.

Maklumat ini termasuk kos purata penginapan per malam di asrama, dua kali perjalanan dengan pengangkutan awam, tiga porsi makanan dalam sehari, satu tiket untuk melawat tarikan pelancongan, dan tiga botol bir tempatan (Yang ini haram untuk orang muslim).

Hanoi Paling Murah

Foto: TripSavvy

Dari penyelidikan itu didapati bandar Hanoi di Vietnam menjadi juara sebagai negara termurah untuk backpacker. Di Hanoi, kos minimum yang dibelanjakan sekitar 18.30 dolar AS.

Beralih ke arah selatan, di Ho Chi Minh City, anda perlu menambah sedikit untuk anggaran minimum harian anda untuk perjalanan, iaitu 19.48 dollar AS atau setara dengan RM79. Di bawah Ho Chi Minh, terdapat Bandar Yangon di Myanmar, di bandar itu, backpacker memerlukan US$ 20.10 per hari.

Kemudian, di manakah bandar paling mahal untuk backpackers? Masih berdasarkan data yang sama, Kota Tokyo di Jepun adalah yang paling mahal di kalangan semua negara di Asia.

Untuk dapat bertahan di Tokyo, backpacker harus bersedia dengan bajet sekurang-kurangnya 72.58 dolar AS per hari, atau sekitar RM295. Mahal kan?

Kuala Lumpur? 

Agak mengecewakan, di Kuala Lumpur berada di dalam kelompok 10 bandar termahal. Alpha Travel menyatakan bahawa backpackers perlu menghabiskan sekitar 29.30 dolar AS atau sekitar RM119.10 per hari. Manakan tidak, tiket nak masuk tengok haiwan-haiwan di  Zoo Negara pun dah hampir mencecah RM80 untuk pelancong asing.

Tokyo Paling Mahal

Kemudian, di manakah bandar paling mahal untuk backpackers? Masih berdasarkan data yang sama, Kota Tokyo di Jepun adalah yang paling mahal di kalangan semua negara di Asia.

Untuk melihat senarai penuh dalam laporan tersebut, berikut merangkumi 20 bandaraya termurah dari pelbagai negara di Asia untuk backpacker.;

  1. Hanoi, Vietnam (US $18.30= RM74.39)
  2. Vientiane, Laos (US $18.94 = RM76.99 )
  3. Ho Chi Minh City, Vietnam (US $19.48 = RM80.40)
  4. Yangon, Myanmar ( US $20.10 = RM81.70)
  5. Pokhara, Nepal (US $20.24 = RM82.27)
  6. Hoi An, Vietnam (US $21.22 = RM86.26)
  7. Chiang Mai, Thailand (US $21.40 = RM86.99)
  8. New Delhi, India (US $22.20 = RM90.24)
  9. Phnom Penh, Kemboja (US $22.23 = RM90.36)
  10. Colombo, Sri Lanka (US $23.13 = RM94.02)
  11. Kathmandu, Nepal (US $23.34 = RM94.87)
  12. Jakarta, Indonesia (US $24.73 = RM100.52)
  13. Luang Prabang, Laos (US $ 25 = RM101.62)
  14. Manila, Filipina (US $25.13 = RM102.15)
  15. Goa, India (US $25.19 = RM102.39)
  16. Sieam Reap, Kemboja (US $ 26 = RM105.68)
  17. Kuta, Bali, Indonesia (US $ 27.85 = RM113.20)
  18. Bangkok, Thailand (US $28.02 = RM113.90 )
  19. Xi’an, China (US $ 30 = RM121.94)
  20. Taipei, Taiwan (US $30.92 = RM125.68)
https://lomp.at/xcanj
Share1085Tweet678SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem