Menerusi perkongsian yang dibuat oleh David Teo di laman Instagram nya, pengarah terkenal ini memberi bayangan akan tampil dengan naskhah terbaru nya tidak lama lagi.

Kisah Cikgu Suraya Bakal Diterbitkan 

Berjudul Cikgu Suraya, David turut memuat naik gambar pendatang baharu Chumiee Omey yang akan mengalas watak sebagai Cikgu Suraya yang memakai sepersalinan busana berwarna hijau sebagai simbolik kepada guru.

IKLAN

Namun begitu, perkongsian tersebut telah mencetuskan kontroversi yang mana rata-rata netizen menyifatkan persalinan yang dipakai oleh pelakon itu sama sekali tidak melambangkan profesion dan menjatuhkan imej seorang guru.

Undang Kontroversi 

Dalam pada itu, ada sesetengah daripada mereka turut membantah idea David untuk menerbitkan kisah Cikgu Suraya yang sehingga kini tidak dapat dipastikan akan dihasilkan menerusi drama mahupun filem.

Menurut mereka, kisah cikgu ini hanya akan membuatkan ramai mencari ‘kisah sebenar’ mengenainya. Sekitar era 90-an watak Cikgu Suraya cukup hangat diperkatakan setelah ianya ditampilkan di dalam cerpen lucah suatu ketika dahulu yang mana turut menjadi kontroversi kerana seolah-olah memburukkan institut perguruan dan karier tersebut.