Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan penyanyi Alvin Chong yang pernah popular menerusi sebuah drama rantaian ‘Awak Suka Saya Tak?’. Sebagai info, Alvin yang memulakan kerjaya saya pada tahun 2009 melalui program realiti nyanyian TV, Astro Star Quest (ASQ).

“Saya cukup bernasib baik kerana berjaya layak menjadi 5 peserta terakhir dalam pertandingan itu. Pertandingan inilah yang membantu saya memulakan kerjaya saya dalam industri hiburan”- katanya kepada Murai.my

IKLAN

Alvin dilahirkan di Pulau Pinang, dan dibesarkan dengan bertutur dalam Bahasa Mandarin dan Hokkien. Dia hanya belajar Bahasa Kebangsaan dan Inggeris apabila dia berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 2009.

Pada mulanya dia kurang yakin bercakap dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris tetapi lama-kelamaan, keyakinannya semakin bertambah ke tahap sanggup menyanyi dalam Bahasa Malaysia pula.

Keyakinan inilah yang mendorong dirinya merakamkan lagu Melayu pertama bertajuk ‘Lagu Mu’, yang mana dapat membantu mengangkat namanya sebagai seorang penyanyi tempatan.

“Dalam proses pembelajaran Bahasa Malaysia, bermulalah minat saya untuk mempelajari budaya Melayu pula. Pengetahuan budaya Melayu ini bukan setakat telah mendorong saya meningkatkan usaha saya sebagai seorang penyanyi, malah membantu saya menarik perhatian yang lebih besar daripada komuniti orang Melayu di Malaysia” ujarnya.

Pada masa yang akan datang, Alvin berharap dapat menghasilkan lebih lagi lagu-lagu asli dalam Bahasa Malaysia dan juga Cina buat peminat-peminatnyadi Malaysia.

Murai.my berkesempatan menemubual secara eksklusif bersama Alvin untuk mendekati ejaka berbangsa Cina berusia 28 tahun ini. Berikut 9 Soalan yang diajukan kepadanya khas buat peminat.

Bagaimana pula kerjaya pelakon Alvin bermula?

Selepas pertandingan Astro Star Quest, saya berpeluang meningkatkan pengalaman saya sebagai seorang pelakon melalui 3 filem Cina, iaitu 3 Brothers, The Dream Boyz and Huat the Fish.

Pengalaman ini sekali lagi telah mendorong saya mencuba bakat saya dalam filem Melayu, bermula dengan drama Melayu tempatan, Dia Semanis Honey dan seterusnya Suri Hati Mr. Pilot, kedua-duanya pada tahun 2016, dan seterusnya dengan Awak Suka Saya Tak? pada tahun 2017. Saya cukup bernasib baik kerana boleh membahagikan masa dan minat saya antara menyanyi dan berlakon.

Aspek apakah yang anda paling suka dalam kerjaya anda?

Saya telah berusaha dalam kerjaya saya selama 10 tahun, dan sepanjang masa tersebut, perkara yang paling saya menghargai adalah senyuman-senyuman yang terukir pada muka peminat-peminat saya apabila mendengar lagu ataupun menonton filem saya.

Penghargaan inilah yang mendorong saya untuk berusaha lebih lagi bagi para peminat saya.

Apakah perancangan Alvin untuk tahun 2020?

Saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk berlakon dalam drama-drama Melayu tempatan dan berhasrat untuk membuat lebih banyak dalam masa terdekat. Sebagai permulaan dan bersempena Tahun Baru Cina 2020, sebuah telefilem bertajuk Sir Alvin akan ditayangkan di TV3, di mana saya memainkan peranan seorang cikgu berdedikasi yang telah dihantar ke sekolah terpencil yang tidak mempunyai kemudahan-kemudahan asas.

Saya juga sedang berlakon dalam satu lagi drama Melayu di Astro bertajuk Tolong Sempurnakan Cerita Mami. Selain berlakon, saya baru sahaja melancarkan satu lagu Melayu berjudul Tak Terganti, dan saya merancang untuk mengadakan lawatan ke kampus untuk bertemu dengan peminat di seluruh Malaysia.

IKLAN

Sebagai pemimpin media sosial, bagaimanakah cara terbaik untuk berhubung dengan peminat-peminat anda?

Penggunaan media sosial sangat popular pada hari ini, dan ini telah membawa pengguna digital sedunia lebih rapat lagi. Saya juga amat aktif di sosial media dan berusaha berinteraksi dengan peminat-peminat saya sebaik mungkin. Saya telah mendapati bahawa cara terbaik untuk mengekalkan hubungan digital yang erat dengan para peminat saya adalah melalui kandungan dan gaya yang asli dan tersendiri.

Adakah TikTok membantu dalam proses berinteraksi dengan peminat-peminat anda?

TikTok tentu sekali membantu dalam proses berinteraksi dengan para peminat saya. Ini adalah kerana TikTok merupakan sebuah platform yang selamat, positif dan kreatif yang menggalakkan penglibatan penonton, dan membolehkan saya menghasilkan kandungan yang tulen dan yang lebih memberangsangkan lagi.

TikTok juga merupakan platform yang membolehkan khalayak ramai menggunakan lagu-lagu saya untuk menghasilkan video mereka tersendiri. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan ciri-ciri penyuntingan TikTok yang mudah dimanipulasikan.

Bagaimanakah TikTok berbeza berbanding dengan platform media sosial yang lain, dan ciri apakah yang paling digemari Alvin?

View this post on Instagram

#29

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123) on

TikTok merupakan sebuah platform digital unik yang direkacipta khas bagi menghasilkan video mudah alih ringkas dengan menggunakan lagu-lagu terkini dan pelbagai penyaring yang menarik. Bukan itu sahaja, ia membolehkan platform silang, di mana saya boleh  berkongsi platform media sosial yang lain tanpa batasan dari TikTok. Ciri unik inilah yang membolehkan saya berkongsi kandungan kreatif saya ke khalayak yang lebih luas lagi.

Sebagai seorang penyanyi, saya juga amat kagum dengan pilihan luas lagu-lagu tempatan dan luar negara yang sedia ada dalam platform TikTok. Tambah lagi ciri-ciri dalam aplikasi seperti realiti imbuhan serta pelbagai lagi pelekat, dan ia meningkatkan lagi kualiti kandungan saya.

Selain itu, TikTok kerap kali mengadakan cabaran-cabaran interaktif yang membolehkan saya meluahkan dan sekaligus memasukkan idea-idea kreatif kedalam kandungan saya. Proses in dipermudahkan lagi dengan cir-ciri penyuntingan dalam aplikasi yang mudah digunakan. Tambahan pula, komuniti TikTok juga sering memberikan sokongan bagi memudahkan keluk pembelajaran penggunaan TikTok dan ciri-cirinya.

Di mana datangnya peminat-peminat Alvin?

Majoriti peminat saya datang dari Malaysia, di mana ramainya diwakili komuniti orang Melayu. Ini disebabkan hasil kerjaya saya dalam filem-filem Melayu. Sebaliknya, saya juga mempunyai peminat-peminat komuniti Cina yang menggemari lagu-lagu saya yang dihasilkan dalam Bahasa Mandarin.

Saya juga mempunyai peminat dalam talian melalui platform-platform media sosial saya, dan seperti yang saya sebutkan tadi, penggunaan media sosial telah membawa pengguna digital sedunia lebih rapat lagi. Sebagai contoh, TikTok telah memperluaskan lagi khalayak saya ke banyak negara lain termasuk India, Turki, dan Pakistan.

Bolehkah anda berkongsi nasihat kepada peminat anda yang bercita-cita mengikuti jejak langkah Alvin ke industri hiburan?

Nasihat utama saya adalah untuk mengejar impian anda. Tak kira industri apa pun, sentiasalah berpegang kuat pada impian yang telah anda tetapkan. Sambil mengejar impian ini, akan tiba masa dimana anda akan dicabar dan perlu keluar dari zon selesa anda untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Hadapilah setiap cabaran tanpa hilang tumpuan dan sentiasa minta bantuan jika anda memerlukannya.

Satu lagi nasihat yang saya ingin berikan ialah untuk menggunakan platform-platform media sosial bagi memberi kelebihan kepada anda. Sebagai contoh, TikTok membolehkan ciri perkongsian silang di mana anda boleh berkongsi platform media sosial yang lain tanpa batasan dari TikTok. Penggunna-pengguna TikTok juga boleh menyertai pelbagai cabaran interaktif yang meningkatkan lagi pendedahan mereka kepada jenama-jenama tempatan dan luar negara.

Adakah Alvin mempunyai sebarang nasihat akhir untuk peminat-peminat Alvin?

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat saya yang sering memberikan sokongan sepanjang kerjaya saya, dari permulaan hingga sekarang.

Daya berharap agar para-peminat saya anda akan terus menyokong kerjaya saya, dan saya pula akan memainkan peranan saya dan berusaha lagi untuk menghasilkan filem dan lagu yang terbaik dari kemampuan saya.