Baru-baru ini di media sosial tular mengenai dakwaan pelawak Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya yang dikatakan telah dihalang daripada terbabit dalam rakaman program Sepahtu Reunion Al Puasa yang sepatutnya berlangsung di Royal Teater, Shah Alam pada Ahad lalu.

Dihalang Buat Persembahan 

Menerusi perkongsian daripada netizen, pelawak itu dihalang kononnya berpunca daripada sindiran jenaka nya bersama kumpulan Rare pada malam ‘final’ Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019). Susulan daripada itu, dalam posting nya di laman Instagram, dia turut memohon maaf kepada semua pengikutnya kerana sesi rakaman program khas tersebut terpaksa ditangguh ke sebuah sesi rakaman yang akan diberitahu kelak.

IKLAN

Rakan Selebriti Kecewa 

Dalam perkembangan lain, rakan selebriti seperti Shahrol Shiro dan Amyza Aznan turut meluahkan rasa kecewa mereka selepas Pak Ya diperlakukan sedemikian. Menurut mereka, tindakan seperti itu seolah-olah menutup punca rezeki pelawak terkenal berkenaan selain turut mempersoalkan sesetengah selebriti lelaki yang terpalit dengan kontroversi lain masih ‘bebas’ untuk berkarya.

Ropie Dan Ajak Turut Dihalang

Akui dihalang untuk beraksi pada malam Ahad lalu, dalam perkongsian MStar Online Pak Ya berkata sindiran yang dibuat ketika MLM2019 baru-baru ini hanya sekadar berjenaka dan tidak sangka sesetengah pihak memandang serius akan perkara tersebut. Malah jenaka mereka turut mendapat kelulusan pihak produksi sebelum beraksi secara langsung.

“Ya, betul saya disekat daripada beraksi oleh orang-orang tertentu di Shah Alam.

“Ia mungkin berkaitan dengan Maharaja Lawak Mega yang saya buat masa final hari tu kerana mereka sendiri (pihak berkenaan) yang maklumkan kepada Astro.

“Memang ada sikit sindiran, cuma ia dibuat untuk tujuan melawak saja. Tak sangka pula mereka ambil serius,”

Kongsi Ilya lagi, rakan-rakan Rare yang lain seperti Ropie dan Ajak turut berhadapan dengan masalah yang sama(dihalang) selain mengharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan segera bagi melancarkan jadual penggambaran mereka.