Belum pun reda dengan isu pergaduhan baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dilaporkan sekali lagi terlibat dalam masalah dan kontroversi yang sama.

Aliff Aziz Dipukul

Tular di media sosial sejak semalam, menerusi video yang dikongsi kelihatan Aliff yang hanya memakai singlet putih dan berseluar pendek berwarna biru terbabit dalam pergaduhan dipercayai di kaki lima sebuah restoran di Singapura.

IKLAN

Dalam video itu, pelantun Sayang Sayang ini dipukul beberapa kali sebelum berjaya melarikan diri.

Dipercayai Mabuk

Menerusi perkongsian tersebut, sesetengah netizen mendakwa Aliff berada dalam keadaan mabuk sehingga mencetuskan pergaduhan.

Namun tidak lama kemudian, pergaduhan tersebut berjaya dileraikan sebelum orang awam yang berada di tempat kejadian membantunya.

Aliff Aziz Bergaduh Lagi!

Bergaduh lagi! Harap Aliff akan insaf selepas ini #AliffAziz

Posted by Murai MY on Wednesday, January 29, 2020

Terdahulu, rata-rata netizen terkejut kerana Aliff berkelakukan kasar apatah lagi tidak dapat mengawal dirinya sehingga membalik sebuah kerusi kepada beberapa individu dipercayai akibat pergaduhan. Lebih mengejutkan, bekas suami Bella Astillah ini turut menunjukkan kemaluannya sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda