Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Senarai Lengkap Pelakon ‘The Batman’ Didedahkan, Ada Banyak Watak Tak Disangka!

by Phic ARMAN
January 30, 2020
65
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampaknya Warner Bros telah berkongsi berita terbaru mengenai filem “The Batman”, yang sangat di nantik-nantikan oleh para peminatnya.

Menurut laporan dari CinemaBlend, kali ini, mereka telah mengeluarkan senarai lengkap pelakon yang menyertai “The Batman”, termasuk peranan masing-masing. Seperti yang anda ketahui, sebelum itu Warner Bros sendiri merahsiakan beberapa karakter yang dimainkan oleh beberapa watak.

Robert Pattinson akan memegang watak Dark Knight dalam projek Warner Bros yang baru ini. Ini menjadikan bintang “Twilight” tersebut sebagai pelakon Batman termuda dalam sejarah DC Extended Universe, di mana sebelum ini ia dilakonkan oleh Ben Affleck, Christian Bale, George Clooney, dan Michael Keaton.

Colin Farrell Sebagai Oswald Cobblepot aka Penguin

Selain Robert, terdapat Colin Farrell yang memegang watak Oswald Cobblepot aka Penguin.

Zoe Kravitz Sebagai Selina Kyle aka Catwoman

Kemudian Zoe Kravitz memegang watak Selina Kyle aka Catwoman, kemudian Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, kemudian Paul Dano sebagai Edward Nashton serta Jeffrey Wright sebagai Pesuruhjaya Polis Jim Gordon dari Jabatan Polis Kota Gotham (GCPD).

Terdapat juga pendatang baru dalam bidang lakonan, Jayme Lawson yang akan memegang watak calon Datuk Bandar kota Gotham Bella Real, kemudian John Turturro yang dikhabarkan memainkan watak jahat lain, Carmine Falcone.

Peter Sarsgaard Pegang Watak Sebagai Pendakwa raya

Apa yang mengejutkan adalah pelakon Peter Sarsgaard, yang ternyata bermain watak baru bernama Gil Colson, seorang pendakwa raya di Gotham. Sudah tentu ini agak mengejutkan, memandangkan dia sebelum ini disyaki bermain watak Harvey Dent atau Two Face.

Dalam perkembangan lain, sebelum ini ia tersebar meluas bahawa dakwaan mengatakan Batman bukan sahaja akan melawan satu musuh dalam filem ini nanti. Jelas sekali, dengan pendedahan senarai pelakon ini, Dark Knight akan melawan sekurang-kurangnya empat musuh sekaligus.

Sekiranya ia mengikut perancangan, filem itu dijangka ditayangkan pada 25 Jun, 2021.

https://lomp.at/fxlrz
Share29Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem