Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Anggun Imbau Kembali Peristiwa 25 Tahun Lalu di Amerika, Yuna & Fazura Terharu!

by Phic ARMAN
January 31, 2020
233
KONGSIAN
Share on Facebook

Dilahirkan di Jakarta, 29 April 1974, Anggun C. Sasmi atau Anggun kini menjadi penyanyi antarabangsa. Kemuculan pertama Anggun sebagai penyanyi bertaraf dunia bermula selepas dia mengeluarkan album berjudul Snow on the Sahara yang diedarkan di 33 negara.

Melalui album tersebut, Anggun dikenali di seluruh dunia dengan hits “Snow on the Sahara” dan “A Rose in the Wind”. Anggun kemudian melahirkan banyak album yang berjaya seperti Chrysalis dan Luminescence.

Reputasi Anggun semakin mantap di persada dunia antarabangsa. Dia dipilih menjadi salah seorang juri dalam beberapa program mencari bakat peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini, Anggun telah mengimbau kembali saat dia memulakan karier di luar negara.

View this post on Instagram

A post shared by Anggun Official (@anggun_cipta)

Melalui akaun Instagram peribadinya, Anggun memuat naik enam video mempromosikan album debutnya di salah sebuah stesen televisyen kebangsaan di Amerika.

Penyanyi yang telah mengisi soundtrack filem Open Hearts ini memberitahu pada masa itu dia hanya berusia 25 tahun.

“Pada tahun 1999, saya berusia 25 tahun dan Album Inggeris pertama saya dikeluarkan di Amerika. Saya melakukan promosi tur terus menerus diseluruh negeri, buat persembahan, konsert, membuka peluang kolaborasi dengan sejumlah artis,  dan juga dijemput menjadi tetamu di sebuah rancangan TV terbesar di Amerika buat pertama kali” tulisnya.

Muat naik ini telah dijawab secara positif oleh beberapa artis ternama termasuk pelakon Nur Fazura, menulis dalam ruang komen, “Yazzz!”. Tidak ketinggalan, penyanyi Malaysia yang juga bertaraf antarabangsa, Yuna, berkata, “Anggun ini sangat mengagumkan” .

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/9m7f1
Share106Tweet53SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem