Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

Bekas ‘Pelayan Peribadi’ Dedah Surat Rahsia Puteri Diana, Isinya Mengejutkan!

by Phic ARMAN
January 31, 2020
568
KONGSIAN
Share on Facebook

Tidak dapat dinafikan banyak khabar angin yang tidak menyenangkan terus menyusuli  keputusan Putera Harry dan Meghan Markle keluar dari istana. Salah satu khabar angin yang tersebar adalah mengenai hubungan dingin pasangan Sussex itu dengan keluarga diraja British. Sesetengah media juga mengatakan bahawa keputusan undur diri itu menyebabkan abang kandungnya Putera William merasa kecewa.

Dipetik dari Express.co.uk, baru-baru ini Paul Burrell, individu yang dipercayai pernah menjadi butler atau pelayan peribadi mendiang Puteri Diana telah mendedahkan sepucuk surat peribadi dari Diana yang belum pernah dikeluarkan sebelum ini.

Surat Ditujukan Kepada William dan Harry

Surat ini nampaknya ditujukan dari Diana kepada dua anaknya, William dan Harry.

Paul sendiri mendedahkan tulisan dari surat itu melalui muat naik pada akaun Instagram peribadinya.

“Apabila Harry, Meghan dan Archie memulakan kehidupan baru,  ia mengingatkan saya kembali kepada kata-kata keramat yang telah ditulis oleh Diana kepada saya bertahun-tahun lalu.

“Itu adalah kata-kata ibu tentang cinta tanpa syarat seperti apa yang berlaku hari ini, seperti ketika dia menulisnya lebih daripada 24 tahun yang lalu,”- Paul menulis pada  foto yang dimuatnaik.

Dia kemudian menulis apa yang disebut oleh Puteri Diana bersama dengan gambar surat yang berbunyi,

“Saya sayang anak-anak saya sampai mati dan saya berharap benih yang saya tanam akan tumbuh dan membawa kekuatan, pengetahuan, dan kestabilan yang diperlukan.”- tulis Puteri DIana.

Sejarah Berulang Kembali

Harry sendiri diketahui telah memutuskan untuk berundur diri demi melindungi Meghan dan anak mereka, Archie. Sebagaimana diketahui, Harry juga memberikan ucapan perletakan jawatan rasmi yang sangat mirip dengan kandungan ucapan Puteri Diana pada tahun 1993.

Gara-Gara Tom Cruise, Ini Sebab Kenapa Nicole Kidman Benci & Dendam Pada Puteri Diana

Putera Harry juga menyebut bahawa pengawasan media dan paparazzi terhadap keluarganya mengingatkannya apa yang telah terjadi pada Puteri Diana. Oleh itu, dia mengambil langkah tegas untuk melindungi keluarga kecilnya.

Akibat dari keputusannya itu, Harry dan Meghan terpaksa melepaskan gelaran HRH (His/Her Royal Highness) atau Yang Mulia. Perkara yang sama dialami oleh Puteri Diana yang tidak lagi memegang gelaran HRH selepas berpisah dengan Putera Charles.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
Meghan Markleputera charlesputera williamputeri dianaratu elizabeth
https://lomp.at/tedps
Share239Tweet137SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem