iflix, hari ini mengumumkan pelancaran sebuah rancangan realiti original bersiri berjudul Cosplay Heroes, secara eksklusif di iflix. Rancangan realiti berkonsepkan cosplay ini adalah hasil terbitan bersama Axiata Group Berhad dan disokong oleh Celcom Axiata Berhad.

Cosplay Heroes boleh ditonton oleh semua pengguna iflix di Malaysia, di mana, tiga episod baru dari sembilan episod rancangan boleh disaksikan pada setiap hari Khamis.

Rancangan realiti bersiri ini menampilkan pelakon dan model terkenal Zahirah MacWilson sebagai hos rancangan. Cosplay Heroes, pertandingan cosplay original pertama di Asia menampilkan bakat- bakat cosplay Malaysia untuk melaksanakan beberapa tugas-tugas tertentu.

IKLAN

Mereka dikehendaki menghasilkan pakaian yang agak rumit, mengikut watak-watak yang telah mereka pilih dan berpeluang memenangi wang tunai RM10,000. Pada setiap episod, para peserta akan berhadapan dengan juri-juri profesional untuk penilaian pemarkahan ataupun penalti yang bakal dikenakan.

Sebagai penentuan, Yugana dan Abudora adalah dua penggiat cosplay profesional Malaysia yang menggalas tugas sebagai juri rancangan ini. Yugana akan lebih menumpukan kepakarannya dari sudut kreativiti dan keperibadian. Manakala, Abudora (seorang graduan Seni Bina) akan fokus kepada aspek teknikal dan praktikal pemakaian.

Untuk menyaksikan Cosplay Heroes dan banyak lagi judul rancangan TV dan filem menarik, pelanggan Celcom boleh melanggan iflixVIP, dengan harga eksklusif, RM9 sebulan.

Tonton iflix PERCUMA di sini.