Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Tiada Bukti Khunsa! Mujahid Anggap Nur Sajat Sebagai Lelaki

by Khai Azfar
February 4, 2020
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Susulan daripada isu panas yang melibatkan usahawan sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman beberapa pihak atasan termasuk daripada Kementerian dan juga Jabatan Hal Ehwal Agama tampil memberikan kenyataan. Terdahulu, hangat memperkatakan Sajat yang berpakaian wanita ketika menunaikan umrah di kota suci Mekah yang dianggap oleh kebanyakan pihak seperti mempersendakan agama.

Mufti Bakal Keluarkan Kenyataan 

Lebih mengejutkan, isu ini dikatakan sudah berada di dalam pengetahuan pihak penguasa Arab Saudi dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat ini.

Menerusi perkongsian video dari Astro Awani, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa telah menegaskan bahawa fatwa yang telah dikeluarkan oleh muzakarah haji yang dengan jelas menyebut tanpa pembuktian sahih mengenai jantina Sajat sebagai seorang khunsa, dia akan tetap kekal, menjadi seorang yang asal iaitu sebagai seorang lelak.

Malah Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman tertakluk dalam segala hukum-hakam sama seperti lelaki yang lain.

Bakal Ambil Tindakan 

Dalam pada itu, Mujahid berkata pihaknya kini dalam sedang kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan awal yang keberangkalian akan menutup akaun Instagram milik usahawan itu.

“Hari ini setelah saya memberi kenyataan awal pagi tadi, saya terus mengambil beberapa tindakan dengan memanggil pihak SKMM yang boleh mengambil tindakan segera dalam isu ini ialah dengan menggunakan akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang melibatkan soal salah guna akaun dimana content (kandungan) isi itu menimbulkan reaksi dan juga perasaan tidak selesa khususnya umat Islam.

Ini tindakan yang boleh diambil pada bila-bila masa dan kerana itu saya telah meminta nasihat dan memberi pandangan kepada pihak SKMM bagaimana satu tindakan tegas boleh kita ambil dalam isu ini”

Dalam perkembangan lain, pengasas agensi pelancongan Albayt Travel (M) Sdn Bhd yang menguruskan perjalanan Sajat dan keluarganya ke Tanah Suci, Sofwan Che Seman telah menemui Mujahid Yusof petang semalam bagi memberi penjelasan berhubung kronologi pemergian Sajat ke Tanah Suci menerusi pakej yang diuruskan syarikatnya.

Sajat Kongsi Momen Buat Pembedahan Hidung, Undang Teguran Netizen!
nur sajatnur sajat mekah
https://lomp.at/axjub
Share10Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  2. 2

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  3. 3

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara